Sunday, February 14, 2010

Menanti yang tak pasti...

"min awek mu lawo r, bila nak kawen" kata shabat jauh..

terbaru

"Min Mung main dop budak puan lening" kata seorang sahabat dalam PM facebook.

Huh....main,Apa yang di maksudkan dengan main ini? main2, main msg, berbincang, muzakarah..Persoalan yang begitu rumit.. Memang tidak dinafikan memang fitrah lelaki suka akan wanita. tetapi yang membezakan ialah kita suka kerana apa?

susah ade popuan ni, Kadang2 kena belakon jadi baik la. kena bagi tazkirah la, macam2 kena la...Bukan ke bagus perbuatan nie...Persoalan mari kita sama2 fikir..

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Lama x tengok cerita Robin Hood..memang x dinafikan dia seorang yang hebat menegak keadilan. Keadilan?? Megambil harta orang kaya dan memberi kepada orang miskin..

apa maksud keadilan?? "nape eh?". keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya..Dalam islam keadilan amat penting sehingga seorang pemerintah yang adil dijanjikan naungan diwaktu manusia dalam huru hara ketika di padang mahsyar.

Sebab itu Hadis didlam hadith arbain dimulakan dengan Niat (hadith 1).Mempersoalkan tentang niat..Niat amat penting, tetapi niat juga perlu melihat cara pelaksanaannya.. Nak buat ibadah tetapi pelaksanaan x kena dengan cara..Seperti melacor diri kerana nak sara keluarga..Niat betul tetapi pelaksanaan tak betul..Matlamat mesti jelas, Panduan mesti tepat!!

BERMAIN DENGAN ALLAH

Kisah Bani Israil mempermainkan ALLAH yang menahan pukat jumaat semata2 untuk menangkap ikan pada hari sabtu..Kisah ini hampir semua tahu dan ada didalam quran..

"kami x tangkap ikan hari sabtu, kami tahan pukat je" kata muhaimin dengan ajuk perbuatan bani israil..

"ana x couple,ana hantar tazkirah je, ana buat kerja islam" kata kekasih yang asyik bercinta kerana ALLAH.

begitu mudah umat kita terpengaruh dengan suasana,Sehingga Islam ditinggalkan....

Tujuan Menulis bukan nak menghantam mana2 pihak,tetapi cuba menasihat diri ini dengan penulisan agar tidak jatuh lagi dengan tipu daya ini...Selamat tinggal dunia percintaan..Ya ALLAH fahamkan aku tentang agamamu....

"aku bukan mencari teman atas dasar nafsu, tetapi mencari teman atas dasar iman, agar dapat bersama hingga ke syurga hakiki ...cinta sampai ke syurga..

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails