Showing posts with label Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

JANGAN ASYIK DENGAN PERJUANGAN..


Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat untuk berperang (akibat kekenyangan).

Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah. Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.

Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik. Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang telah saya kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas sebelum boleh menjadi imam.
Pengajaran: Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa tertinggal sehingga 2 rukun solat.
Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal. Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat. Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil (pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi sokongan pemimpin.


Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan di dalam organisasi.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang menguntung mereka yang mengamalkannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


syedzai.blogspot.com

Perkongsian yang menarik dan menyentuh jiwa dan perasaan..

Wednesday, September 22, 2010

Taktik Dan Strategi Peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


  • Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.

  • Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.

  • Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah.

  • Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.

  • Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.

  • Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

Taktik Menunggu Musuh :

  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al – Saf :

  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :

  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan :

  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :

  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran :

  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.

Kesimpulan :

  • Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
  • Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
  • Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.
Sumber: WHWZ.BSPT.COM

Thursday, June 24, 2010

Jika akhlak itu bayangan diri, maka sahabat bayangan peribadi.




"Berkawan seorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang 'alim yang selalu memperturutkan hawa nafsunya." (Ibnu Atha'illah)


Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih teman sama ertinya dengan memilih perilaku. Memilih teman sama ertinya dengan memilih kualiti ilmu. Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, perilakunya menawan hati, serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia harus sangat pandai memilih teman.

Kita akan sukar berkembang bila sehari-hari kita bergaul dengan orang-orang malas. Kita pun akan sukar meraih kemuliaan akhlak, bila sehari-hari kita bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya. Maka, tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi oleh kualiti orang yang menjadi temannya.

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya" (HR Abu Dawud dan At-Tarmizi).

Orang seperti apa yang layak kita jadikan teman dekat? Yang pertama dan utama adalah orang yang baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya. Bahkan, Imam Ibnu Atha'illah dalam kitab Hikam mengatakan, "Berteman seorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang 'alim yang selalu memperturutkan nafsunya". Mengapa? Orang berilmu tapi memperturutkan hawa nafsu, biasanya akan membenarkan kemaksiatan yang dilakukannya dengan dalil-dalil Alquran dan hadis. Dikhawatirkan, lambat laun kita pun akan membenarkan kemaksiatan tersebut hanya kerana bersandar pada dalil-dalil.

Saudaraku, bahaya terbesar dalam hidup adalah diperhambakan hawa nafsu. Tidak ada ertinya limpahan harta, tinggi pangkat, banyaknya pengikut, tampannya rupa, atau luasnya ilmu, bila kita diperhambakan hawa nafsu. Saat dikuasai nafsu, semua yang kita miliki akan digunakan untuk memuaskan nafsu tersebut.

Ada baiknya kita berfikir sejenak, lihat siapa teman-teman dekat kita. Boleh jadi, kualiti diri kita tidak pernah mengalami perubahan kerana salah memilih teman. Kita berteman akrab dengan orang-orang yang kualitasnya di bawah kita. Akibatnya, kita merasa paling saleh, paling pintar, dan paling hebat di antara teman-teman kita. Bila demikian, kita tertipu oleh kepintaran semua. Ketika kita salah melihat diri, kita pun akan salah dalam melangkah.

Idealnya kita berteman dengan orang-orang yang kualitinya jauh lebih baik, sehingga kita tidak merasa paling pintar dan paling saleh. Justeru kita akan merasa paling kurang. Saat berteman dengan orang-orang yang berkualiti, biasanya kita akan terangsang dan termotivasi untuk belajar dan mengejar ketertinggalan. Kerana itu ada yang mengatakan, kalau kita ingin menjadi ulama maka bergaulah dengan ulama; ingin menjadi pedagang, maka bergaullah dengan para pedagang; ingin menjadi seniman, maka bergaulah dengan seniman.

Saudaraku, setiap hari masalah yang kita hadapi akan semakin berat dan kompleks. Kita akan terbantut bila banyaknya masalah tidak diimbangi dengan peningkatan kemampuan diri untuk menyelesaikannya. Maka, rugi bila dalam sehari kita tidak bertemu dengan orang yang lebih baik dari kita. Rugi kerana kita tidak mendapat ilmu, wawasan, dan semangat baru. Dan celaka bila kita menjauh dan memusuhi orang-orang yang lebih baik dari kita.

Wallahu a'lam


Friday, May 7, 2010

Serangan Pemikiran





Wasiat Louis IX

“Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”



Apakah Usaha kita yang mengaku ISLAM!!!

Saturday, March 13, 2010

E-journey

"Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang"

Saturday, February 6, 2010

Org kuat kebangsaan Nasionalisme ker??

Nasionalsime

Nasionalisme adalah fahaman yang membezakan antara agama dan pentadbiran(siasah).Ia merupakan kepala dan pembukaan kepada isme-isme yang lain.Kewujudan adalah permulaan kepada kejatuhan kegemilangan Islam diatas muka bumi.

Dalam pengertian lain, Nasionalisme ialah perasaan untuk memelihara atau meperluas kebangsaan rakyat atau identity kebangsaan.Apabila usaha-usaha itu tidak dapat dilaksanakan,ia akan menjadi satu kekurangan, Maksudnya, Nasionalisme merupakan satu ideology yang cuba mendominasikan satu kumpulan untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka,

Bahasa Arab disebut Qaumiyyah atau Assabiyyah.Ia mengajak seseorang supaya menyokongkumpulan atau bangsa untuk bersatu antara sama lain untuk melawan sesiapa yang menentang mereka, Tidak kira sama ada zalim atau dizalimi. Mereka sangat fanatic dengan kumpulan mereka lebih-lebih lagi mereka bersama. Dianologikan seperti ahli kongsi gelap bila bersama kumpulan mereka

Ciri-ciri nasionalisme

1. Keturunan dan daerah yang sama

2. Bahasa yang sama ( satu bahasa)

3. Bumi dan tanah air adalah satu.

4. Mempunyai kepentingan bersama

5. Percanggahan Nasionalisme dan islam

“Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawasanya kami telah menurukan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) sedang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya didalam Al-Quran itu terdapat rahmat yang besar dan pengajaranya bagi orang-orang yang beriman”

(surah Al-Ankabut :51)

6. Semangat assabiyyah dan ajaran jahiliyah

“katakanlah wahai Muhammad :”Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta kamu dan harta yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan daripadanya berjihad untuk agamanya, Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (Azab yang pedih).

(Surah at-taubah:24)

7. Nasionalisme menentang persaudaraan islam

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,Maka damailah di antara kamu saudara kamu (yang bertelingkah itu), dan Bertaqwalah kepada ALLaH supaya kamu beroleh rahmah.” (surah al-Hujrat:10)

Sabda baginda dalam haji wida’ dengan sabdannya:

“wahai manusai, Sesungguhnya tuhan kamu satu dan sesungguhnya bapa kamu satu.Setiap kamu berasal dari adam dan adam itu berasal daripada tanah.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu dan disisi ALLAH ialah adalah orang yang paling bertaqwa.Tiada kelebihan seseorang yang berbangsan arab keatas seseorang bangsa bukan arab kecuali TAQWA.

8. Nasionalisme meninggalkan hukum islam(tidak melaksanakan)

“ sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal bagi orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah” (surah Al-Maidah:50)

9. Menyebabkan penyokong melakukan perlantikan orang-orang kafir sebagai pemimpin

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah orang-orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai kepimpinan dengan meninggalkan orang-orang yang beriman….” (surah Ali-Imran:28)

Kesimpulan: Kefahaman Nasionalsime telah menyerang umat Islam bukan diwaktu ini malah pada zaman-zaman anbiya’ dahulu. Kefahaman ini semakin gah dinegara kita, bahkan mula menunjuk belangnya…

Sumber rujukan: BDR KISAS

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails