Thursday, June 24, 2010

Jika akhlak itu bayangan diri, maka sahabat bayangan peribadi.




"Berkawan seorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang 'alim yang selalu memperturutkan hawa nafsunya." (Ibnu Atha'illah)


Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih teman sama ertinya dengan memilih perilaku. Memilih teman sama ertinya dengan memilih kualiti ilmu. Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, perilakunya menawan hati, serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia harus sangat pandai memilih teman.

Kita akan sukar berkembang bila sehari-hari kita bergaul dengan orang-orang malas. Kita pun akan sukar meraih kemuliaan akhlak, bila sehari-hari kita bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya. Maka, tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi oleh kualiti orang yang menjadi temannya.

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya" (HR Abu Dawud dan At-Tarmizi).

Orang seperti apa yang layak kita jadikan teman dekat? Yang pertama dan utama adalah orang yang baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya. Bahkan, Imam Ibnu Atha'illah dalam kitab Hikam mengatakan, "Berteman seorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang 'alim yang selalu memperturutkan nafsunya". Mengapa? Orang berilmu tapi memperturutkan hawa nafsu, biasanya akan membenarkan kemaksiatan yang dilakukannya dengan dalil-dalil Alquran dan hadis. Dikhawatirkan, lambat laun kita pun akan membenarkan kemaksiatan tersebut hanya kerana bersandar pada dalil-dalil.

Saudaraku, bahaya terbesar dalam hidup adalah diperhambakan hawa nafsu. Tidak ada ertinya limpahan harta, tinggi pangkat, banyaknya pengikut, tampannya rupa, atau luasnya ilmu, bila kita diperhambakan hawa nafsu. Saat dikuasai nafsu, semua yang kita miliki akan digunakan untuk memuaskan nafsu tersebut.

Ada baiknya kita berfikir sejenak, lihat siapa teman-teman dekat kita. Boleh jadi, kualiti diri kita tidak pernah mengalami perubahan kerana salah memilih teman. Kita berteman akrab dengan orang-orang yang kualitasnya di bawah kita. Akibatnya, kita merasa paling saleh, paling pintar, dan paling hebat di antara teman-teman kita. Bila demikian, kita tertipu oleh kepintaran semua. Ketika kita salah melihat diri, kita pun akan salah dalam melangkah.

Idealnya kita berteman dengan orang-orang yang kualitinya jauh lebih baik, sehingga kita tidak merasa paling pintar dan paling saleh. Justeru kita akan merasa paling kurang. Saat berteman dengan orang-orang yang berkualiti, biasanya kita akan terangsang dan termotivasi untuk belajar dan mengejar ketertinggalan. Kerana itu ada yang mengatakan, kalau kita ingin menjadi ulama maka bergaulah dengan ulama; ingin menjadi pedagang, maka bergaullah dengan para pedagang; ingin menjadi seniman, maka bergaulah dengan seniman.

Saudaraku, setiap hari masalah yang kita hadapi akan semakin berat dan kompleks. Kita akan terbantut bila banyaknya masalah tidak diimbangi dengan peningkatan kemampuan diri untuk menyelesaikannya. Maka, rugi bila dalam sehari kita tidak bertemu dengan orang yang lebih baik dari kita. Rugi kerana kita tidak mendapat ilmu, wawasan, dan semangat baru. Dan celaka bila kita menjauh dan memusuhi orang-orang yang lebih baik dari kita.

Wallahu a'lam


Sunday, June 20, 2010

Test Design

Saturday, June 19, 2010

Ku Ingin Kembali



Dikala kukesepian, fikiran mengimbau kenangan
Sukarnya nak kulupakan, peristiwa pahit yang mencengkam

Di kala kukesepian, munajat kepadamu tuhan
Kusedari diri yang terbuang, umpama buih di lautan

Apalah nasib diri ini, menjadi mangsa hina mereka
Namun kupasrah kehendak ilahi, moga terubat hati yang luka

Yang berlalu biarkan berlalu, bersama kita bina hidup baru
Lupakan segala rasa dendammu, penuhi kemaafan di jiwamu

Hulurkanlah serpihan kasihmu, berikanlah peluang disampingmu
Usah biarkan daku terumbang ambing , dipukul ombak nafsu

Kupohonkan restumu rahmani
Ampunkanlah dosaku yang lalu
Kerna diriku hanya seorang hamba..bernama manusia

Jilu Quran's song

Wednesday, June 2, 2010

80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga.

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Mengapa aku membantah lesen judi


DALIL

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judidan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Disini jelas ALLAH telah menurunkan ayat khusus pengharaman judi dan lain-lain.Tetapi kenapa masih apa berpendapat dengan ada lesen judi maka kegiatan judi dapat dikawal.


BETULKAN MAKSIAT BOLEH DIKAWAL DENGAN LESEN

Mengimbau kembali ketika pembukaan kota madinah al-munawarah, yaknie negara islam yang pertama didunia. Kawasan ini sebelumnya penuh dengan kemaksiatan, penindasan dan kejahilan. Dengan kedatangan islam dan membuka kota madinah, suasana berubah menjadi suasana islamik dan ramai masyarakat disana mengislamkan diri secara zahir dengan tidak ada rasa takut, ini kerana pembukaan ini telah memberi lesen kepada umat manusia untuk membenarkan islam atau menolak. Lesen adalah membuka ruang, bukan menghadkan ruang.


LESEN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM

Apakah kerajaan itu tuhan, memahami semua perasaan rakyat. Jika lesen ini dikeluarkan bagi menjaga hati orang bukan islam, bagaimana pula perasaan orang islam?? Wahai pemimpinku yang mengaku islam, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”


POLITIK SEMATA-MATA

Apa yang saya dapat andaikan ialah, kerajaan cuba menimbulakan beberapa isu sensatif bagi menutup kes penyerahan blok L dan M.selepas itu kita dikejutkan dengan penyerahaan tanah KTM di Singapura dan tidak lama kemudian lesen judi pula.Wahai Umat islam janganlah kamu tertipu dengan helah ini...


KENAPA AKU MENGKRITIK
Sudah menjadi lumrah manusia jika kebencian tahap maksimum, maka kebencian akan diterjemahkan kepada perbuatan,penulisan.Aku tidak dapat menahan kebencian bila-bila lagi melihat




Tuesday, June 1, 2010

Teladan dari kerajaan Semut


ZURIAT TAK BERBAPA
Dalam pemerintahan yang diterajui oleh Semut, ada satu permasalahan yang tidak pernah berlaku, dimana anak luar nikah dilahirkan. Apabila disiasat secara teliti melibatkan kerjasama antara rakyat dan pemimpin maka pemangsa dikenal pasti dan dihadapkan ke pengadilan diraja.


"Kenapa Kamu Berzina, wahai anak semut?" tanya hakim

"Aku berzina kerana, Aku tidak memahami dosa pahala." jawab semut

"wahai sibapa kenapa kamu tidak ajarkan kepada anakmu agama, Sedangkan wajib keatas kamu?" tanya hakim kepada bapa semut.

"Aku serahkan segala urusan aku kepada sekolah, Aku tidak punyai waktu, kerana mencari nafkah." Jawab Bapa Semut


SEKOLAH KEMARI KAMU!!

"Kenapa pihak sekolah mendidik semut ini dengan baik, sehinggakan dia melakukan zina?!" Tanya hakim

"Saya mengajar mengikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan" Jawab Pihak sekolah


SIAPAKAH KERAJAAN

"Wahai kerajaan kenapa sistem pendidikan tidak berkesan, sehinggakan semut ini berlaku zina?!" Tanya Hakim

"Bukan silap kami, semuanya silap semut-semut, kerana mengangkat aku menjadi kerajaan, aku buat apa yang aku suka sahaja" Jawab kerajaan semut

"wahai semut-semut sekalian, mengapa kamu mengangkat kerajaan ini yang tidak memahami agama, sehingga sistem pendidikan tidak berkesan, agama diabaikan, judi sana-sini, arak besepah-sepah, pelacuran bertebaran??" tanya Hakim kepada rakyat

PROAKTIF-LAH RAKYATKU

" Sengguhnya ia memang silap aku" jawab Rakyat....
"Kamu semua dihukum" kata Hakim...





Aku Orang Muda!!

HADIS BAGINDA

Dari Ibnu Mas’ud -radhiallahu anhu- dari Nabi -shallallahu alaihi wasallam- beliau bersabda:

لاَ تَزُوْلُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَ أَفْنَاهُ, وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ, وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ, وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ؟

“Tidak akan bergerak kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya dengan lima pertanyaan: Tentang umurnya kemana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia belanjakan, dan apa yang sudah dia amalkan dari ilmunya?” (HR. At-Tirmizi no. 2416 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7299)

DOAKU

Ya Allah yang membolak-balikan hati tetapkanlah hati-hati kami atas agama-Mu, dan janganlah Engkau palingkan kami meskipun hanya sekejap saja.

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails