Showing posts with label Tassawuf. Show all posts
Showing posts with label Tassawuf. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

JANGAN ASYIK DENGAN PERJUANGAN..


Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat untuk berperang (akibat kekenyangan).

Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah. Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.

Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik. Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang telah saya kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas sebelum boleh menjadi imam.
Pengajaran: Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa tertinggal sehingga 2 rukun solat.
Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal. Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat. Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil (pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi sokongan pemimpin.


Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan di dalam organisasi.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang menguntung mereka yang mengamalkannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


syedzai.blogspot.com

Perkongsian yang menarik dan menyentuh jiwa dan perasaan..

Tuesday, September 7, 2010

Jagalah Hati wahai penulis




Ustaz Zainudin Hashim

APA ITU HATI??

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana k

ita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.


Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.


Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)


Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.



Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)


Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.


sumber: HARAKAHDAILY.NET




Sunday, February 7, 2010

wanita solehah idaman lelaki soleh....


Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk sesuatu keperluannya maka pergilah lelaki itu untuk bersamanya.Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur, maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si perempuan itupun menyahut, "lihat, apakah orang-orang kampung tidur semuanya?"
Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata, "benar, Semua orang dah tidur."
Lalu wanita itu bertanya,"Bagaimanakah pendapatmu dengan ALLAH? Apakah saat ini dia pun tidur?"
Lelaki itu menjawab,"sesungguhnya Allah tidak pernah tidur."
Wanita itu lalu berkata,"sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak pernah melihat kita.Oleh kerananya, Dia lebih berhak ditakuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana takutkan ALLAH. Dia segera pulang dan bertaubat. Setelah meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya,"Apakah yang dilakukan ALLAh kepadamu?"

Lelaki itu menjawab,"Allah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku."


Dipetik dari Kitab mukasyafah al-Qulub,karangan

Iman al-Ghazali,muka surat 17


kesimpulannya: Dewasa ini, banyak kita melihat perempuan dan lelaki yang baik, tetapi berapa kerap sangat yang soleh n solehah..Perempuan sekarang mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki, dan lelaki tidak kurang hebatnya cair di cungkil dengan kata-kata bunga...

Ana harap sahabat-sahabat dapat mencontohi apa yang berlaku dalam kisah taudalan ini.TIDAK LUPA JUGA UNTUK DIRI INI YANG SERING ALPA DAN MUDAH DIBAWA ARUS...IBNU AS-SYARIE..


SUMBER: Tundukan Hati (Rahsia keikhlasan Hidup di dunia fana)

Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron


Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails