Saturday, January 30, 2010

Nak belah dada n otak !!!

Ya Allah....

Hari ini adalah ari teruk bagiku,mengapa aku masih melakukan dosa2 lepas, sehingga ia menjarakkan aku denganmu..Ya allah...aku pasrah segala kehidupan aku kepada mu..

Ya allah...

Aku rasa nak belah dada aku, nak buang segala kekotoran dan nak memasukkan segala hikmat dan ilmu2 mu Ya Allah..
Hati aku sungguh kotor Ya Allah....
Hati aku sungguh kotor Ya Allah...
hati aku sungguh kotor ya A llah...

Ya allah bantulah aku ya Allah, Lupakan aku segala perkara dulu,agar aku tidak terpengaruh utk melakukannya..

Ya Allah Fahamkanlah aku segala ilmu yang aku pelajari..
Ya Allah fahamkanlah aku akan segala ilmu yang aku dapat..
Fahamkan aku ya Allah...
fahamkan aku ya Allah...

Hati ini selalu bertanya, bila nak tinggalkan dosa lampau, tapi aku tidak mampu ya Allah, Aku ada ilmu, tetapi ilmuku tidak mampu mengahalang aku, Aku tahu itu tidak boleh, tetapi aku x boleh amalkan...Ya Allah Fahamkan aku ya ALLAh..Ya ALLAh aku memeohon kepada mu, sesungguhnya diri ini terasa hina....

Ya Allah jauhkan akan dia daripadaku....
jauhkan ia Ya ALLAH...
Jauhkan ia....

Ya allah sesungguh hati aku sangat kotor, kerana bertindak utk melakukan keburukkan...
Belah la dadaku dan otakku buangkan segala keburukkan,kemaksiatan,hasad,dengki,riak,sumah,segala yg menghijabkan aku dengan mu...
Ya allah, aku ingin bersamamu..
Ya allah, jangan ku menguji aku, dengan apa yang aku tidak mampu...aku masih baru...
aku masih dalam belajar untuk bermuhajadah dijalan mu....

Ya ALLAH, bantulah aku....

aminnn

Saturday, January 23, 2010

Tunaikan amanah anda sebagai seorang penuntut...



Sembelihan (Teori dan praktikal)



Alhamdulillah, puji-pujian hanya utk mu, yang memiliki alam ini..Kepada mu sahaja layak dipuji...Aku bersyukur, kerana dpt menunaikan apa yg terpendam dalam diri ini dan dapat menunaikannya sebelum umurku melangkah kepada 20 tahun...Selama ini hanya belajar dan melihat didepan mata, akhirnya aku sendiri memegang pisau dan melakukanya...Walaupun nampak simple bagi aku, ia amat bermakna kerana ia adalah ilmu yang dapat diamalkan terus..bak pepatah arab "Al ilmu bila amalin kassyhajar bila samar" maksudnya ilmu tanpa amal seperti pohon yang x berbuah...


terima kasih kepada kelab IIC Krp yang dibawah saudara kamsar bahron dan JKM Krp kerana berusaha menjalankan program ini..untuk makluman program ini disertai oleh bebrapa non-muslim..dan ada soal jawab diantaranya..sy harap mereka ini mendapat hidyah dan termasuk diri yng berbicara ini...insyallah
akhir kalam...Alhamdulillah , Allahuakbar!!!

PERANAN PELAJAR DALAM GERAK KERJA ISLAM II

Siri 2
Hakikat kemusnahan umat

Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hilang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain ternyata itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya.Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lalu selepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu


berketurunan Israel.Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah


bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.



Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada


generasi akan datang



Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik. Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun


Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia. Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita. Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang


dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan


ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus. Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

bersambung...

Thursday, January 21, 2010

PERANAN PELAJAR DALAM GERAK KERJA ISLAM

Siri 1


Pendahuluan

Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih. Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun

sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat. Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam?



Keadaan dan masalah yang sama



Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat. Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama.

Umat Islam dan bukannya negeri Islam

Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadansempadan negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan. Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan,amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.


bersambung...

Tuesday, January 12, 2010

Kau Takut ker??

X takut langsung..Kerana hati selalu berdenyut melafazkan aku ada ALLAH...Allahuakbar!!
Teruskan perjuangan dan tuntutlah ilmu...

Friday, January 8, 2010

Hinanya kita...


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci."
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails