Wednesday, February 17, 2010

Maafkan Aku....


Assalamualaikum sahabat2.....


Kepada sahabat2 yang membaca blog ini atau terbuka blog ini, ana mintak maaf banyak2. Mungkin selama persahabatan kita banyak perkara yang x sepatutnya ana telah buat.. Ana rasa bersalah kepada sahabat2, mungkin ana pernah mengumpat dibelakang / terkata apa yang kurang, ana mintak maaf banyak2..

Kepada penggerak usaha dakwah, ana mintak maaf banyak2 kerana x dapat membantu dan x dapat memberi sumbangan kerana terlalu sibukkan diri dengan progrm yang x bermatlamat..
Ana mintak maaf kepada kwan kat smaszal kerana x dapat bantu sepenuhnya dalam membentuk tanzim disana.Insyallah ana akan bantu dr segi idea
Bukan Pejuang yang sebenar
Sahabat2, ana bukannya seorang pejuang yang sebenar, gah bila dicabar, bangkit setelah jatuh.Ana sering tewas dalam bermujahadah.Apa yang ana harapkan sahabat2 yang dapat membimbing ana..Teruskan perjuangan mu sahabat2...
Kehilangan itu pasti
Bulan 3 semakin dekat, seorang demi seorang pergi, tinggal sahabatmu ini keseorangan.Kadang2 sedih juga tercampak di bumi UTM ni, sedangkan sahabat2 merantau ke bumi anbiyya'. Ape2 pun semuanya perancangan ilahi..ana doakan kejayaan sahabat..

Doa Ini Untukmu Sahabat

Ya Allah
bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat

untuk menyedari manakala ia lemah
dan cukup berani menghadapi diri sendiri
manakala diri takut

jadikanlah dia
hamba yang selalu memiliki rasa bangga
dan keteguhan dalam kekalahan
rendah hati serta jujur dalam kemenangan
bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
mengetahui dan kenal akan diri sendiri
adalah dasar dari segala ilmu yang benar
Ya Allah..
janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup

bimbinglah dia
supaya teguh berdiri di tengah badai
berbelas kasih kepada mereka yang jatuh
bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
dengan cita meninggi langit

seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
sebelum ia berhajat memimpin orang lain
seorang hamba yg menjangkau ke hari depanetapi tidak lupa akan masa lampau

Ya Allah...
dan setelah segala menjadi miliknya
semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati
tetapi jangan sesekali menganggap dirinya
terlalu berkesungguhan

berikanlah kepadanya kerendahan hati
kesederhanaan dari keagungan hakiki
fikiran cerah dan terbuka
bagi sumber kearifan dan kelembutan
dari kekuatan sebenarnya

Dan aku akan berbisik
"Hidupnya tidaklah sia-sia"
dan ia melafazkan
"Hayatku Penuh Bermakna"

Siapakah aku?
Sekujur tubuh
yang mengembara di bumi
memenuhi janji
menunggu waktu
untuk pulang mengadapMu

Terima kasih sahabat sekalian, kerana sudi membawa aku bersamamu ke dunia nyata

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails