Monday, March 29, 2010

Dari AKU untuk Mu..

Khas untuk Sahabatku dan aku...



Sahabat,

Ingatlah pesanan yang satu,

Dalam merentasi bumi yang penuh liku,

Untuk menuju ketempat yang tak tahu,

Bagi mengadap tuhan yang satu.


sahabat,

Aku tahu semua bernafsu,

Janganlah engkau terus membisu dan mengkaku,

Didiklah hatimu agar tidak membatu

Kerna ia punca kita bersatu.

Sahabat..

Dalam urusan membentuk nafsu,

Jangan berguru hanya dengan satu,

Kerna ia akan bercelaru,

Dalam menghadapi manusia beribu.


Sahabat.

Marilah kita berwaladkan yang pada satu,

Bagi menyatu fikrah yang bercelaru,

Bagi mencapai hasrat yang satu,

Untuk memartabat kalimah yang satu.

Sahabat..

Kekadang aku menjadi tidak menentu,

Dalam memilih jemaah, yang bukan satu,

Pesananku hanya satu,

Lihatlah dasar perjuangan sebagai penentu.

30/03/2010

14:45

Abd.Muhaimin



Dalam sibuk menghadapi exam, Alhamdulillah penulis merasa ingin menulis sesuatu yang menjadi taklid orang ramai tanpa berfikir panjang. Ini adalah cubaan pertamaku untuk terus berjuang dalam medium yang menjadi pilihan sekarang..

Papepun jangan lupa beri peringatan / komen agar diri ini terus membina dan tidak mengelamun dalam dunia sendiri..Insyallah..

Shukron...Siru ala barokatillah..


min Alrijal_islamic

Friday, March 26, 2010

SEdih dengan sikapnya...


Dari Hati Menjadi Penulisan.


Assalamualaikum sahabat2, disini ana ingin sentuh suatu perkara yang diambil remeh oleh semua orang malah menjadi tabiat. Ana harap sahabat2 dapat berlapang dada dan terima dengan seadanya. Org yang beruntung adalah saling menasihati dan memperingati..


“Pinjam duit ko kejap”


“Kau beli dulu,nanti aku bayar”


“ana pinjamkan kejap,nanti ana pulangkan balik”


Bukan soal duit yang nak dibangkitkan, ini adalah soal akhlak..Kenapa masaalah ini banyak berlaku pada pendokong n penyokong jemaah islam, apatah lagi yang diluar sana. Ana sedikit sedih apabila orang yang mengetahuai tentang islam, tetapi tidak memahaminya dengan syumul.Setiap hari bicara tentang islam yang syumul tetapi diri kita belum bersedia menerima islam yang syumul ini.


LUPA


Soal lupa, x teringat adalah soal biasa yang menjadi masalah sekarang, apabila duit itu dipinjam atau barang dipinjam maka kembalilah kepada empunya tuanya. Kadang-kadang sahabat kita segan nak minta. Tetapi kita, apabila tidak diminta menjadi kegembiraan pula..INIKAH AKHLAK SEORANG PEJUANG!?


TARBIYYAH atau TEMPIAS


Masihkah ingat wahai sahabat2 diawal proses pentarbiyyahan, Perkara first sekali dibahaskan adalah rukun usrah ya’nie TA’ARUF,TAFAHUM,TAKAFUL. Sejauh mana keberkesanan tarbiyyah itu..Sebenarnya, apa yang kita sedia maklum usrah adalah tempat membina fikrah tetapi ingat praktikalnya ialah diluar usrah.Apa kaitan usrah dengan peminjam?? Jikalau sahabat2 mengatakan ia tiada kaitan, maka sahabat bukan ditarbiyyah sahabt2 hanya mendengar perkataan yang tempias dari naqib/ah sahabat sahaja.Dimanakah pergi kefahaman enta tentang Ta'aruf, Tafahum n takaful??? Inikah Akhlak selepas berta'aruf???....


FAHAMILAH DAN SELAMILAH


Kita inginkan Sesutu yang baik dari sahzbat kita tetapi kita tidak pernah memikirkan apa yang sahabat kita inginkan.Jikalau sahabat2 ingin yang terbaik maka buatlah yang terbaik untuk sahabat. Apa yang bila dipinjam harus dipulangkan, malah pulanglah dengan cara yang baik seperti mana sahabat2 menerimanya.Fahamilah dan selamilah perasaan sahabat2 kita...


Diakhir kalam ini, ana memohon jikalau ada barang2 yang ana pinjam belum dikembalikan ana harap, sahabat2 dapat makluman kepada ana..Ana faham perasaan sahabat2 sila maklumkan pada ana melalui email / hp..

are_min2805@yahoo.com

013-9712475


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).



Thursday, March 25, 2010

Mengenalimu bukan satu kebetulan

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
30." Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi." (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?

56."Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (adz-Dzaariyat)
115-116." Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia" (al-Mukminun)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?

"Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam" (al-An'am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?

30. "Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar" (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN...KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?

9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA.....TAPI...SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;" (al-Mukminun)
102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya." (al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?---(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)

2. "Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?

29. "Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah" (at-Taqwir)
216." Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.

28.“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”(Ar-Rad)
" Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya" (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.

71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. ( Al- Mukminun )
42. "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (at-taubah)

13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK 'HAPPENING' DAN MENYUSAHKAN.

2-3. "Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (Thahaa)
82. "Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yangberiman"(al-Isra')

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?

139. "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman"(ali-Imran)

Friday, March 19, 2010

KEPEMIMPINAN EFEKTIF


KEPEMIMPINAN EFEKTIF

MUQADDIMAH
Apa itu kepemimpinan? Kepemimpinan adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.

Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah. Sayyidina Umar RA pernah berkata, “Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan Rasul-Nya…”

SEKILAS PANDANG...

Memimpin ialah
1. Seni...
2. Proses mendorong orang lain melakukan sesuatu
3. Sikap untuk mempengaruhi
4. Melibatkan kerohanian iaitu membabitkan personaliti dan halatuju

Mengurus ialah
1. Sains...
2. Proses melakukan sesuatu melalui orang lain
3. Mentadbir dan melaksanakan kerja
4. Melibatkan mental iaitu membabitkan statistik, keadeah, jadual dan rutin.

Pemimpin diperlukan untuk...
1. Memberikan inisiatif dan bertindak pantas untuk melakukan perubahan
2. Menggunakan pengurusan untuk memantau prestasi
3. Menggunakan seni kepemimpinan untuk memandu prestasi pada arah yang betul
4. Tidak menentukan arah angin tetapi mengawal arah layar pada kapal.
5. tidak menyalahkan orang lain tetapi menyebarkan kejayaan bersama.

CIRI-CIRI TERAS KEPIMPINAN PADA TAKRIFAN ISLAM

Secara umumnya, pemilihan yang amanah akan menilai 2 ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Firman Allah SWT;

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja (memimpin) adalah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).
(al-Qasas: 26)

Maka dengan tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada 2 ciri utama yang disebut di dalam nas tersebut. Ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islahur Ra’I war Ra’iyyah iaitu:

1. al-Quwwah : Kekuatan dan kemampuan.
Ciri-ciri al-Quwwah merujuk kepada bidang tugas yang diberikan. Contoh: Di dalam bidang organisasi menuntut kepada kemahiran mengurus, mengarah dan mentadbir dengan baik. Manakala dalam bidang kehakiman, al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam hal hokum-hakam dan adil.


2. al-Amanah : Dipercayai
Manakala amanah pula merujuk kepada 3 perkara utama iaitu:
- Takutkan Allah SWT.
- Tidak menjual ayat-ayat Allah demi mendapatkan habuan dunia.
- Tidak takutkan manusia.

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”

Riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, al-Imam Nawawi, juz 12 ms. 414 hadith ke-4696, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut

APA ITU KEPEMIMPINAN?

Leadership is the art someone else to do something you want to be done because he wants to do it.
-Dwight Eisenhower-

Kepemimpinan bukanlah sesuatu yang material. Ia adalah satu kemampuan untuk mengetuai, memimpin dan memandu. Ia merupakan seni yang menghasilkan kemampuan untuk menjana idea, berkomunikasi mencipta dan membentuk kepercayaan di dalam sanubari para pengikut terhadap idea yang dijana yang juga termasuk di dalamnya visi dan misi.

Pemimpin adalah wujud dan berada di sekeliling kita. Ada yang mempunyai jawatan seperti Perdana Menteri, Presiden, Ketua Eksekutif, Pengetua, Pengarah, Kapten dan sebagainya. Ada yang mengamalkan kepemimpinannya pada jangka waktu yang panjang seperti pengasas kepada perniagaan turun temurun warisan keluarga mahupun seorang idealis politik. Wujud juga yang mengamalkan kepemimpinan hanya untuk beberapa ketika tertentu. Antara contohnya ialah seorang guru tadika yang ‘memimpin’ muridnya bagaimana untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran, atau seorang kapten yang ‘memimpin’ anak kapalnya untuk berhadapan dengan kecemasan.

Kualiti yang menjadi pendorong kepada para pengikut untuk menyokong seseorang pemimpin adalah berbeza pada setiap keadaan dan situasi. Dalam hal ini, tidak ada rahsia yang boleh disembunyikan. Rahsia untuk meneroka potensi kepemimpinan sememangnya ada di dalam diri setiap individu. Tulisan ini sedikit demi sedikit akan membantu di dalam pengembaraan membongkar rahsia tersebut.

Bennis dan Nanus di dalam buku mereka bertajuk “Strategies for Taking Charge” menegaskan bahawa “Kepemimpinan adalah sesuatu yang boleh dipelajari oleh sesiapa, diajar kepada sesiapa, dinafikan tidak pada sesiapa.” Kepemimpinan adalah suatu seni yang peluangnya sentiasa terbuka untuk dipelajari di dalam setiap rentak kehidupan manusia. Kesediaan untuk belajar meruapakan langkah pertama dipimpin untuk memimpin. Begitulah kenyataan Winston Churchill yang mengatakan bahawa, “Secara peribadi, saya sentiasa bersedia untuk belajar walaupun saya tidak gemar untuk sentiasa di ajar.”

Ia adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam di luar organisasi.

Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah. Sayyidina Umar RA pernah berkata, “Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan Rasul-Nya…”

Terdapat pendapat bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik, anda mesti mempunyai bakat semulajadi (inborn quality). Sebab itu pada zaman dahulu raja-raja dan pembesar-pembesar dipilih berdasarkan keturunan, kerana dilihat bahawa kepemimpinan akan diwariskan dari ayah kepada anaknya.

Namun begitu, pandangan sedemikian sudah tidak diterima lagi. Ahli fikir zaman sekarang berpendapat bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik dapat dipupuk dan dibina, bukannya anugerah semulajadi keturunan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat beberapa contoh pemimpin dunia yang datang dari latarbelakang yang berbeza.

Contohnya, Rasulullah SAW sendiri adalah seorang anak yatim piatu dan penggembala kambing, tetapi akhirnya menjadi pemimpin teragung dunia. Umar Abdul Aziz pula mujaddid Islam yang datang dari kerabat Khilafah Umayyah. Abraham Lincoln adalah seorang anak miskin yang tinggal di kampung yang daif. Tunku Abd Rahman pula dari keluarga diraja. Begitulah beberapa contoh yang menunjukkan bahwa latarbelakang asal tidak menentukan samada seseorang itu menjadi pemimpin yang baik atau tidak, tetapi faktor pendedahan dan pengalaman yang dilaluinya.

KENAPA ORANG MENJADI PEMIMPIN?

Pada pandangan Barat, orang memilih untuk menjadi pemimpin kerana beberapa sebab.

1. Kerana ingin mencapai tujuan-tujuan social; contohnya, untuk memerdekakan tanahair, atau untuk memajukan masyarakat, atau untuk mengangkat martabat sesebuah institusi tertentu.
2. Kerana untuk kepuasan peribadi, contohnya untuk menguji kebolehan sendiri dan kepuasan apabila mencapai sesuatu tujuan.
3. Orang ingin menjadi pemimpin kerana prestij dan keinginan untuk dihormati dan dihargai.

Namun dalam Islam, kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah dari Allah. Ia adalah suatu yang suci dan mestilah lahir dari hati yang ikhlas tulus; semata-mata untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Ini bermakna kita semua diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbir bumi ini dengan sistem yang ditentukan oleh Penciptanya. Untuk itu, al-Quran sentiasa menyuruh kita menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar, atau yang kita kenali sebagai dakwah. Untuk melaksakan dakwah, ciri-ciri kepemimpinan yang effektif diperlukan. Bahkan. Rasulullah SAW juga menyebut bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin, dan kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dipimpin oleh kita.

BAGAIMANA UNTUK MEMBINA CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG CEMERLANG?

Ada tiga proses paling utama untuk membina sifat kepemimpinan yang dinamik, kreatif, dan progresif.; Pertama, pendedahan; Kedua, latihan; dan yang Ketiga ialah pengalaman. Ketiga-tiga proses ini akan mencanai seseorang itu untuk membina sifat-sifat pimpinan

Pertama, pendedahan yang mesti diberikan ialah tentang konsep kepemimpina secara menyeluruh. Remaja kita mesti didedahkan dengan beberapa bentuk dan model kepemimpinan, contohnya autokratik, demokratik, laissez-faire, dan lain-lain. Dengan pengetahuan seumpama ini, maka remaja akan dapat menganalisa corak-corak yang diamalkan diseluruh dunia, dan akhirnya menilai unsur positif yang terkandung dalam corak-corak kepimpinan tersebut. Insya Allah jika diberi kesempatan, saya akan menjelaskan beberapa corak kepemimpinan yang selalu diamalkan sekarang.

Kedua, beberapa siri latihan mestilah ditempuhi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan yang kita miliki. Latihan tersebut samada secara formal atau informal. Rasulullah SAW juga mendapat latihan secara tidak langsung apabila menjadi penggembala kambing dan saudagar antarabangsa. Namun pada hari ini, terdapat banyak bengkel dan seminar diadakan untuk memberi latihan kepimpinan kepada anak-anak muda.

Ketiga, pengalaman yang berguna sangat penting untuk melengkapkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik. Sekadar pendedahan dan latihan sahaja tidak mencukupi untuk membina seorang pemimpin yang baik. Oleh yang demikian, anda mestilah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah atau tempat anda belajar. Jangan malu dan segan untuk menerima tanggungjawab demi untuk pembaikan masyarakat, dan juga untuk menambahkan pengalaman anda. Semakin banyak pengalaman, semakin matang seseorang pemimpin itu. Sayyidina Umar RA adalah juga seorang pemuka Quraisy di zaman jahiliyyah, seorang pahlawan dan seorang sahabat rapat Rasulullah SAW. Dengan pengalaman-pengalaman yang banyak, akhirnya beliau menjadi seorang khalifah yang banyak melakukan usaha-usaha pembaikan yang diikuti sehingga sekarang. Pada waktunya jugalah wilayah Islam tersebar luas sehingga ke Benua Kecil India dan Benua Afrika. Itulah salah satu contoh pemimpin yang baik hasil daripada pengalaman yang luas dan pelbagai.

APAKAH KEPERLUAN UTAMA UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK?

a) Sikap yang positif:
Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.

b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:
Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.

c) Kemahiran memimpin:
Ia adalah pengetahuan khusus yang mesti dimiliki oleh pemimpin yang berkarisma. Jika anda ingin menjadi seorang penukang kayu, anda mesti mahir menggergaji, memahat, menukul, mengasah, mengukur dan memaku. Begitu juga dengan pemimpin. Ada beberapa kemahiran yang mesti dimiliki jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Antaranya ialah kemahiran berfikir, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran interpersonal, dan kemahiran personality. Insya Allah jika diberi peluang, saya akan menjelaskan tips-tips asas kemahiran tersebut.

Ayuh kita mulakan pengembaraan!

Nelson Mandela di dalam ucapan sulongnya sebagai President Afrika Selatan pada tahun 1994 setelah 26 tahun dipenjara dengan jayanya mewujudkan saat penuh inspirasi dengan memetik kata-kata Marianne Williamson berkata, “Ketakutan kita yang utama bukanlah kerana kita hidup di dalam kemiskinan. Ketakutan utama kita adalah kita berkuasa tanpa punyai sempadan dan had. Bukan kegelapan sebaliknya cahaya yang telah menakutkan kita. Kita tanya pada diri sendiri, “Siapakah kita untuk menjadi bijak, cantik, berbakat dan hebat?” Sepatutnya yang wajar difikirkan, siapakah diri anda yang tidak sepatutnya menjadi? Sedarlah, kamu adalah hamba kepada Tuhan. Dengan hanya berperanan kecil, kamu sebenarnya tidak memberi apa-apa sumbangan kepada dunia.”

Langkah terawal untuk untuk menjadi seorang pemimpin yang dicitakan ialah dengan mengambara ke dalam masa depan. Di mana anda mahu memimpin sebagai seorang pemimpin? Anda sewajarnya melihat kepada masa depan dan buatlah pilihan dan keputusan.

Bagaimana untuk melihat masa depan? Bayangkan seorang pemimpin yang bernama Helmi yang bakal mengucapkan selamat tinggal untuk meninggalkan kumpulan yang dipimpinnya setelah 10 tahun. Apakah yang anda harapkan kata-kata dan bingkisan daripada mereka?

“Dia hebat, tetapi dia tidak pernah mencapai apa yang beliau sepatutnya mampu…”

“Dia telah melakukannya dengan baik, namun masih ada yang saya percaya dia mampu lakukan dengan lebih baik…”

“Dia pernah membicarakan tentang impiannya dan kemudian menjadi sibuk dengan itu dan ini sehingga saya tidak pasti apa sebenarnya yang diimpikan olehnya. Mungkin dia bisa mencapainya di dalam kumpulannya mendatang.”

“Saya menyukainya namun saya tidak merasakan bahawa saya mengenalinya.”

Helmi yang telah mengakhiri sesi kepimpinan di dalam kumpulannya, tidak dapat mendengar apa jua perkataan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin dan ia sebenarnya menghampakan. Helmi lebih gemar untuk mendengar bingkisan kata-kata seperti;

“Dia telah memberi peluang kepada saya untuk memahami ideanya dan mengetahui peranan mengikut cara saya tanpa kongkongan tetapi terpandu.”

“Dia telah menjadi inspirasi kepada saya untuk mempercayai bahawa saya mampu lebih dari apa yang saya sedari dan memberikan keyakinan untuk melakukannya…”

“Idea-ideanya yang punyai inspirasi dan keyakinan serta pada hasilnya adalah apa yang hendak dicapai merupakan pendorong kepada kami untuk berada di belakangnya.”

“Perubahan dan idea-idea yang baru tidak pernah lekang dari pemikirannya… dia sentiasa mempunyai gambaran jelas terhadap apa yang ingin dicapainya.”

“Dia memang hebat!”

Albert Einstein pernah berkata, “Imaginasi adalah lebih penting diutamakan berbanding ilmu.” Tidak salah untuk berimaginasi. Seseorang boleh menggunakan kemampuannya untuk berimaginasi atau mengandaikan situasi masa depan sebelum kita melibatkan orang lain dan diri kita kepada sesuatu. Anda akan dapati ramai ahli-ahli sukan hebat dari seluruh dunia yang telah menggunakan pemikiran masa depan dan visualisasi terhadap apa yang mereka mahukan untuk dicapai sebagai kelengkapan asas untuk bersedia. Teknik ini adalah sangat berkuasa di dalam mengimaginasikan sesuatu kemungkinan sebelum anda terjebak dengannya.

KESIMPULAN

Setiap muslim mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik untuk melaksanakan tugas khalifah sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran. Setiap daripada kita mempunyai amanah, dan kita bertanggungjawab untuk melaksanakan yang terbaik. Oleh yang demikian, generasi muda mestilah dilengkapkan diri anda dengan ciri-ciri seorang pemimpin yang sejati.

Thursday, March 18, 2010

Kenali Musuh anda 1



~ Thomas Jefferson ~

Thomas Jefferson (April 13, 1743 – July 4, 1826) was the third President of the United States (1801–1809), the principal author of the Declaration of Independence (1776), and—for his promotion of the ideals of republicanism in the United States—one of the most influential Founding Fathers. Jefferson envisioned America as the force behind a great "Empire of Liberty" that would promote republicanism and counter the imperialism of the British Empire.

Maklumat detail ttg beliau

Apa yang penting sekarang ni.Sahabat mesti mengenal salah seorang tokoh ini, bukan sahaja dari aspek keilmuan beliau malah sahabat-sahabat perlu mengetahuai agenda beliau disebalik tadbir.Beliau adalah salah seorang penyumbang kepada sekularisme.

Sekularisme

Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin yang bererti tiada agama atau tiada duniawi. Terjemahannya dalam bahasa arab ialah al-Ilmaniah. Orang Arab yang beragama kristian cuba mengelirukan umat islam dengan mendakwa kononya ia daripada perkataan ilmu.Terjemahan yang sebenar al-ilmaniah ialah duniawi. Alasanya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.

Ideologi ini berasal dari perbalahan hebat antara pemimpin-pemimpin kerajaan dengan paderi-paderi gereja. Begitu juga dengan perbalahan diantara sains (ilmu duniawi) dengan paderi-paderi gereja.Paderi-paderi digeraja memang memegang kuasa dan memetingkan diri sendiri lalu bertarung dengan pemerintahan dan juga ahli-ahli ilmu duniawi yang dianggap sebagai penghalang. Perbalahan berakhir dengan melahirkan satu fahaman yang membawa ajaran supaya memisahkan agama dengan urusan duniawi. Kemudian ajaran ini bertindak memisahkan agama dengan politik supaya politik 'bersih' daripada pengaruh agama.

Ajaran ini diasaskan oleh orang-orang yahudi pada revolusi Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan masyarakat.

Untuk memahami sedikit sebanyak tentang sekularisme klik disini (sekularisme)



MEMAHAMI APA ITU WAHABI..

MEMAHAMI APA ITU WAHABI..

Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Abdul Wahab. Ia kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Iman Ahmad bin Ibnu Taimiyah.Syeikh Muhammad bin Abdul bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud.Akhirnya, Mereka Berjaya mengambil alih kuasa di semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bida’ah (ajaran baru). Halal dan Haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hokum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik.Namun, hokum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada simati atau bertawassul melalaui orang yang sudah mati.Semasa mereka menguasai mekah dan madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu. Mereka menentang perayaan seperti mauled (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Iman Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyyah. Fahaman ini disokong oleh gerakkan Syeikh Muhammad abduh di mesir, Syeikh abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

*Muhammad Bin Abdul Wahab(1115-1206 H). 1701-1793 M) adalah ahli teologi agama dan tokoh pemimpin gerakkan salafiah.beliau menjawat jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi apabila Muhammad bin saud mengambil pemerintahan. Gelaran keluarga “Arab Saudi” masih kekal hingga kini...
Apa yang anda perlu fahami ialah Wahabi adalah daripada golongan Ahli Sunnah Waljamaah.

Saturday, March 13, 2010

E-journey

"Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang"

Thursday, March 11, 2010

Kepimpimpinan melalaui tauladan

kepimpinan dari tauladan.....

Maka tersebutla kisah seekor harimau tua yang menjadi ketua kepada sekumpulan harimau di sebuah belantara. Sesuai denga kedudukannya sebagai ketua, dia mempunyai kuasa yang luas keatas anak buahnya. sudah menjadi kebiasaan baginya, sekiranya ada sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada anak buahnya, dia akan mengadakan perhimpunan di kawasan-kawasan yang dia sendiri menetapkannya.

pada suatu hari dia telah memanggil semua anak buahnya untuk mengadakan satu perhimpunan tergempar. Dalam perhimpunan tersebut dia berkata " sekarang kita perlu bekerja kuat. kamu semua tentu tahu musim hujan telah hampir tiba. Kita terpaksa keluar memburu mulai sekarang untuk mempastikan bekalan makanan kita mengcukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di musim tersebut.

Dia kemudian terdiam buat seketika, seolah-olah memikirkan suatu perkara yang sangat merumitkan. Sememangnya tidak ada diantara anak buahnya yang berani berkata-kata jika melihat ketua mereka dalam sedemikian.

'Kamu yang muda-muda boleh ikut bersama saya. Sekurang-kurangnya kamu akan dapat mempelajari serba sedikit selok belok mengenai pemburuan'. kata harimau tua tersebut untuk memecahkan kesunyian.

harimau-harimau muda berasa takut dan gembira kerana sebelum ini belum pernah ketuanya memberi kepercayaan kepada mereka.Mereka menerima cadangan ini dengan terbuka kerana sudah lama tidak membuat apa-apa pekerjaan.

samapai masa untuk pergi memburu.Pada hari pertama mereka berjumpa dengan sekumpulan gajah.Si ketua telah memilih seekor harimau muda bersamanya untuk memburu gajah tersebut.

"ini adalah peluang kamu mencuba".katanya kepada anak buahnya itu."anggaplah gajah itu satu cabaran pertama bagi kamu". Tanpa membuang masa harimau muda tadi dengan kuatnya terus belari dan ngauman yang kuat menuju ke sekumpulan gajah tersebut.Gajah tersebuat lari apabila mendengan ngauman tersebut, Akhirnya tiada seekor pun dapat.

"Bukan macam ini cara dia, sampai esok kamu x dapat jika kamu buat demikian.Akhirnya harimau tua itu terpaksa buat sendiri...

Hari kedua, mereka berjumpa dengan sekumpulan seladang, macam biasa,Si ketua ini memilih seekor dari harimau muda untuk menagkapnya.Dengan semangat harimau ini belari dan terus menerkam kearah sekumpulan seladang tersebut, tiba-tiba tersilap menerkam dan harimau tadi hampir ditanduk oleh seladang dan gagal mendapatkanya lalu pulang dengan kesakitan.

"Apa sudah jadi pada kamu ini!!??"."Suruh memburu pun tak boleh harap, susahkan untuk ganti tempat aku, aku kecewa dengan kamu semua, semua kerja harapkan aku." jerkah harimau tua.d

"tapi kami tidak diajar”. Tanpa mengendah kata-kata ini, si tua ini terus pergi menagkap seladang2 tersebut..

Hari berikutnya harimau tua tersebut telah mengadakan perhimpunan tersebut dia berkata “ Dari apa yang saya perhatikan, memang tiada siapa yang layak mengganti aku, semua dalam kebodohan karana tidak mahu berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan”.

Masa berlalu.keadaan tidak banyak berubah .Suatu hari harimau tua menziarahi sahabat baiknya, seekor singa yang sama umur denganya.Seperti biasa perkara pertama diceritakanya ialah tentang kepimpinan dan kemudianya beralih kepada kaum muda..

“Generasi muda hari ini samakin susah nak diharapkan” kata harimau tua. “lihat sahaja dalam kumpulan ku suruh memburu pun x pandai, akhirnya mengharapkan aku,semua kerja terpaksa aku buat”.katanya lagi.

“pelik” jawab sahabatnya.Anak buahku tidak begitu. Mereka semuanya sanggup meneruma tanggungjawab dan Berjaya dalam latihan-latihan serta tunjuk dariku dengan sempurna.

‘aku bercadang hendak bersara akhir tahun ini, biarlah mereka dari golongan muda pula mengambil tempat aku sebagai ketua.’ Kata singa tersebut menamatkan perbualannya.

Harimau tua itu terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ia merenung jauh. Kepalanya penuh dengan seribu persoalan mengenai dirinya dan anak buahnya.Akhirnya dia memohon pulan?/

Sahabat-sahabat, Banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini, terutama bagi yang telah lama merasa pahit pedih kehidupan ini...

Diharap cerita ini, dapat membuka minda sahabat-sahabat....semoga dapat kongsi pada sahabat-sahabat lain...Insyallah...

Hatiku tertarik dengan tulisannya..

Menarik hari ini..

Saban hari masyarakat kita dihujani dengan pelbagai gejala social. Belum selesai satu gejala social dirawati timbul pula gejala yang lain. Sudah berapa banyak kita belanjakan duit untuk kita merawati penyakit itu. Namun semuanya menuju kejalan yang buntu.

Ini disebabkan kita memakai ‘Cermin mata akal’ untuk menyelesaikan masalah ini. Agama kita diketepikan. Agama kita letak jauh ke belakang.Jauh sekali untuk mengambil nasihatnya.Akhirnya masyarakat kita terus ditimpa dengan penyakit yang tidak dijumpai vaksinnya..

Dipetik dari : mukadimmah pamphlet kem kepimpinan

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails