Sunday, October 31, 2010

SUKAR UNTUK MENJAWAB


Masih ramai yang tidak memahami perbezaan cinta dan sayang....

Sebelum membina hubungan antara manusia, bina hubungan dengan ALLAH semoga hubungan kita dengan manusia diredhai....

~(U/p: Sabarlah shbt2 terutama yg satu batch, perjalanan masih jauh) ~=)
- Semakin hari semakin ramai meyoalkan tentang cinta....ngeh3.. aku hanya mampu mendengar..


Friday, October 29, 2010

OREN MERAH BUKAN MAINAN...



Aku masih muda Di dalam agenda ini,
agenda seribu satu spekulasi,
merobek jiwa begolak sanubari
untuk mencapai satu destinasi

Aku mendengar luhan hati mereka
lantang menyemai janji-janji semata
menukil semangat didalam suara
berlawan kata merungkai fakta
tapi.... indah khabar dari rupa.

hahaha...aku ketawa melihat gelagat mereka,
menampal poster merata-rata dengan gaya yang berbeza-beza
sanggup bersengkang mata mengikis harta
kenapa mereka terlalu teruja?

Undilah saya, undilah saya
tapi siapa yang perlu aku tanda
kananku oren kiriku merah
kedua-duannya memiliki kelebihan dan keburukkan yang berbeda
mampukah aku membuat keputusan

ingin aku menolak isu ini jauh sekali
namun semakin jauihi semakin ia menghantui
jadi
aku putuskan, aku pilih ini....


nukilan oleh: Mahasiswa cakna yang sekarang menuntut di UTM

MENGENALI DIRI DENGAN WARNA DOMINASI ATOM

Alhamdulillah Bersyukur kehadrat ilahi, perjalanku musafir bersama ust Nazrin Ihsan telah memberi banyak ilmu dan perkongsian. Antara perkongsian yang paling bermakna ia mendapat beberapa zikir ijazah dan mengenalli diri dengan wanrna dominasi atom.
Selepas melaluai satu ujian, diri ini diklasifikasikan warna PINK-seorg yg emosional dan beberapa perkara lagi.

PINK - EMOSIONAL LEVEL

Ayat Al-Quran : Ayat Kursi
Deria Aktif : Mata (Penglihatan)
Unsur Alam : Api
Unsur Kimia : Oksigen
Unsur Islamisasi : Tariqat / Jalan

Akhlak : Silaturrahim & Sabar
Kelemahan : Bosan
Kekuatan : Idea
Kristal : Delima
Warna Alahan : Hijau
Terapi : Penafasan, Meditasi

Kegemaran : Masin
Makanan Penawar : Vitamin C, Oren, Buah Delima
Perwatakan : Menarik (daya tarikan yg tinggi), Kasih sayang
Kemahiran : Menguasai visual, Membuat rumusan, Penjana idea
Pembelajaran : Melalui penglihatan (visual)

Wednesday, October 27, 2010

HEBAT TETAPI SAMPAH!!

"Jom pergi meeting"
"Maaf, ana x dapat join ade usrah"
"Hari ini ana ade meeting 3, esok ade seminar kat KL"
"ana dah buat perancangan "
"Ana rasa kita perlu buat program"

Sahabat-sahabat sekalian, Sehebat mana kita sibuk dengan urusan dan gerak kerja islam janganlah kita lupa pada pemilik islam. Kita asyik mengeluh sibuk dan mengkritik orang lain tetapi jarang sekali mencerminkan diri sendiri.

sahabat-sahabat sekalian, usah bicara soal perjuangan kalau soal asas belum settle, macam mana seorang yang berkerja dengan sebuah syarikat tanpa mengenali tuan empunya syarikat itu. Begitulah kita, bekerja tetapi tiada hubungan dengan ALLAH, tidak melaksanakan asas dalam perhubungan dengan ALLAH. Al-Quran yang dikatakan untuk menjadi perlembagaan tetapi tidak pernah baca dan menghayati. Ana takut segala gerak kerja kita adalah sampah dan tiada nilai disisi ALLAH. nauzubillah

Muhasabahlah diri wahai pejuang

ana lontarkan ini utk diri sendiri

wslm
abd faqr

Tuesday, October 26, 2010

Sebuah Pertemuan



Tetiba hati ini terhibur pabila mendengar lagu ini. Ya ALLAH jauhilah aku dari fitnah dunia,dajjal dan wanita. Nasyid ini adalah nasyid tema semasa bersama shbt didalam saf perjuangan...

KEPADA SAHABAT SEKALIAN..

JAGALAH ISLAM DIDALAM DIRI ANDA NESCAYA MUDAHLAH URUSAN LAIN..

-Lontaran utk diri sendiri...

wslm
abd faqr

DIMANAKAH PEMIMPINKU??


Berkata Imam Abu Ahmad al-Hasan bin ‘Ali al-Barbahaa-ri (meninggal 329 hijrah) di dalam kitabnya Syarah as-Sunnah:


ومن ترك صلاة الجمعة والجماعة في المسجد من غير عذر فهو مبتدع والعذر: كمرض لا طاقة له بالخروج إلى المسجد أو خوف من سلطان ظالم, وما سوى ذلك فلا عذر لك, ومن صلى خلف إمام فلم يقتد به فلا صلاة له

Maksudnya: Dan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dimasjid tanpa sebarang uzur maka ia adalah seorang ahli bid’ah. Uzur itu seperti sakit yang tidak mampu keluar kemasjid atau takut kepada pemerintah yang zalim, dan selain dari itu maka tidak termasuk dalam uzur bagi kamu. Barangsiapa yang solat dibelakang imam kemudia ia tidak mengikut imam tersebut maka tiada solat baginya.

Jika diperhatikan kepada kenyataan Imam al-Barbahaa-ri ini kita dapati bahawa begitu besar kedudukan solat berjemaah disisi Ahlus Sunnah. Lihatlah pada hari ini terlalu ramai yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah tetapi hidup sebagai ahli bid’ah kerana meninggalkan solat berjemaah dimasjid tanpa sebarang uzur.

Lebih menyedihkan apabila sikap meninggalkan solat berjemaah ini dilakukan oleh mereka-mereka yang berada didalam jemaah yang mendakwa memperjuangkan Islam. Bermula dari pemimpin dari semua peringkat hingga kepada ahli biasa jemaah, meninggalkan solat berjemaah ini menjadi suatu “rutin” harian.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar tidak tergolong dan termasuk dari kalangan ahli bid’ah. Hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW…………..

.:: Harap dapat merujuk ustaz jika tidak memahami hadith ini, jangan terima bulat-bulat, fahamilah::.


http://assabiel.com

MOTIVASI UNTUK MELANGKAH

Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Berita Harian

JANGAN ASYIK DENGAN PERJUANGAN..


Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat untuk berperang (akibat kekenyangan).

Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah. Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.

Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik. Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang telah saya kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas sebelum boleh menjadi imam.
Pengajaran: Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa tertinggal sehingga 2 rukun solat.
Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal. Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat. Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil (pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi sokongan pemimpin.


Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan di dalam organisasi.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang menguntung mereka yang mengamalkannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


syedzai.blogspot.com

Perkongsian yang menarik dan menyentuh jiwa dan perasaan..

Sunday, October 24, 2010

mohon maaf

Taklifan itu bebanan bukan kebanggaan...Mintak maaf ana telah membuat keputusan utk fokus pada taklifan agr tidak terbeban didunia dan akhirat...Doakan ana agar diberi kekuatan utk istiqamah dlm perjuangan....

a.muhaimin sa'ari
-0139712475
=)

Saturday, October 9, 2010

SUBURKAN BUDAYA ISLAM DI UTM


LANGKAH PERTAMA

Lahirnya seorang insan kedunia fana ini disambut dengan seruan azan dan iqamah, begitulah juga lahirnya mahasiswa kealam kampus ini disambut dengan kalam ALLAH di pintu gerbang UTM yang direkod didalam surat Taha:114.

“Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu”

Walaupun perkataan ini begitu ringkas tetapi memberi seribu makna disebaliknya. Kita dituntut untuk berharap kepada yang esa walaupun kita seorang yang cerdik pandai kerana segala pada kita adalah miliknya. Pernahkah kita bertanya, untuk apakah kita belajar?, Untuk siapakah kita menimba ilmu? Kemanakah untuk aku sumbagkan ilmu pengetahuan ? . Jika tidak, kita adalah orang yang tidak bermatlamat dan tidak menunaikan tugasan sebagai seorang khalifah.

"Dan aku ingin jadikan khlifah di muka bumi ini." : Al Baqarah 30

JENTIKAN MOMENTUM

Menjadikan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan, itulah simbol gambar kitab disebalik logo UTM . Di taukidkan pula dengan motto kerana tuhan untuk manusia yang menjadi kebanggaan kita dari dahulu sampai kini. Jika didunia kita memacu, diakhirat sana pasti kita akan memandu. Bersyukurlah kepada tuhan yang satu yang masih memilih kita untuk menggapai impian yang satu. Pernahkah kita berfikir bagaimana umat sebelum ini mampu mengusai ilmu ukhrawi tanpa meninggalkan ilmu duniawi seperti Ibnu Sina yang menghafaz Al-Quran dan pada masa yang sama beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan. Al-Khawarizmi yang banyak menulis ilmu tentang ilmu geografi dan falak, ibnu Nafis yang menemui saluran darah didalam jasad manusia dan lain-lain lagi. Bagaimana mereka ini mampu menukarkan segala bentuk duniwi kepada ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah sekali gus menyempurnakan tuntutan sebagai khalifah. Apabila Matlamat kita jelas dan tepat, syurga itu pasti milik kita. Bertindaklah atas kefahaman bukan ikut-ikutan.

BERSAMA MENUJU KEPASTIAN

Wahai insan diri ini merayu, jadilah kamu seorang suka memberi dan jangan kamu menjadi orang yang asyik menerima. Jadilah kamu seperti bunga dimana bersamanya ada madu untuk memberi kepada sang lebah. Lebah langsung tidak merosakkan bunga itu. Wahai penuntut ilmu rohani berilah sumbangan kepada kampus di UTM, wahai Pusat Islam UTM perbanyakkan program islam di UTM agar sinar islam kembali terang dan kembali subur. Bersama kita mengulangi sejarah kecemerlangan islam di UTM, dimana budaya islam subur, akhlak dan mahasiswa terjaga.

BERILAH PELUANG PADANYA

Dalam meniti hari untuk menuju destinasi kita hendaklah melakukan apa yang dikatakan agar tidak menjadi orang yang rugi. Bulan sabit pada logo UTM itu melambagkan islam. Adakah kita mahu melihat bulan itu tergantung sampai tidak mengeluarkan sinarnya? Adakah kita mahu melihat ia sebagai hiasan dan tersimpan didalam segulung ijazah? Ayuh kita budayakan islam di bumi UTM yang tercinta ini agar ia bertambah barakah dan berkat. Ayuh kita menyuburkan bumi UTM ini dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi agar kita selamat dunia dan akhirat. Ayuh kita gilap permata yang sudah lama terbiar agar sinarnya terpancar menyuluh keseluruh pelusuk tanah bumi sanjungan bangsa ini.


Abdullah muhaimin sa'ari

(Cubaan artikel utk suara siswa)

Saturday, October 2, 2010

Kata-Kata Khulafa'


"Amatlah rugi orang yang jahil itu,
kecuali mereka yang berilmu.
Amatlah rugi mereka yang berilmu itu,
kecuali mereka yang beramal dengan ilmu.
Amatlah rugi orang yang beramal itu,
kecuali mereka yang ikhlas dalam amalannya."
-Imam Al-Ghazali.

Syd. Abu Bakar r.a. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails