Wednesday, February 10, 2010

kearah pemahaman Sekularisme..Ayuh bersama saya

SEKULARISME



Pengertian : Fahaman sekular / sekularisme berasal daripada Bahasa Inggeris dipetik dari perkataan secular yang bermaksud,”berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan “. Bagi orang barat , mereka faham bahwa sekular bererti memisahkan agama(kristian) dengan kerajaan dan pemerintah.Pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

Kamus Dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan / tiada kaitan dengan agama.Pendidikan sekular bermaksud pendidikan tidak ada kaitan dengan agama.

Apa itu sekularisme? “huh..lama jadi persoalan di fikiranku”.Said abd.muhaimin

Sekularkisme adalah fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan dari urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam dan lain-lain yang tiada kaitan dengan agama.

Dari mana sekular ini bermula?? Persoalan yang harus difikirkan..

Sekularime mula lahir dibarat pada abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu, Kemudiannya ia tersebar dikembangkan dan disebarkan kenegara-negara islam oleh kuasa penjajah sehingga fahaman ini akhirnya dihayati dan diikuti oleh orang islam khususnya para pemimpin yang mendapat pendidikan dari barat yang kurang mengenali islam sebenar dan menghayati sepenuh jiwa.Sekularisme lahir dibarat kerana keadaan suasana barat sesuai sekali bagi kelahiranya.

Sebab kelahiran Sekularisme

1.Keadaan agama kristian yang memisahkan agama dengan Negara atau dunia

2.Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu meluas

3.Penyelewengan social dan ekonomi.

4.Politik yang tidak stabil

5.Tidak menggalakkan perkembangan keilmuan

Permulaan Sekurisme di Malaysia dan perkembangannya..

Selapas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam banyak bidang. Kemajuan tersebut mencapai setelah mereka menghayati sekularisme.Kemudian, pada masa yang sama umat islam rata-rata dalam kemunduran dan ketinggalan dalam semua lapangan.Dengan itu, orang islam khususnya yang berpendidikan barat dengan mudah mengatakan bahawa jika mahu maju,ikutlah Negara barat. Dengan ini, banyak negara umat islam mengambil system barat termasuk sekularisme ,Malaysia tidak terlepas juga.

Dahulu mereka menyebarkan fahaman mereka melaluai penjajahan seperti mana penjajahan British keatas tanah melayu.Pada waktu ini masih adalah kesinambungan peperangan salib,terbukti bahawa mereka amat benci pada islam.Ketikan ini Barat didlam era kegemilangan dan islam dalam keruntuhan.Ini yang menyebabkan mereka mudah menyerang dan umat islam menerima secara mudah malah mempertahankan pula..

Saluaran yang diguna menyebarkan fahaman

-saluran Pendidikan

-saluran Media Massa

-Saluran Perundangan

­-saluran Pemikiran

“pengaruh paling besar adalah pemikiran.” Said Ibnu as-syarie

Cara Islam

Seandainya ada salah silap,sila maklum kepada ana..shukron jazilan

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails