Thursday, December 31, 2009

Sebab-sebab Kematian Hati




ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya


segera datang, dan bertanya,


“ Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman,


‘Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat.


Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...’2:186.”


Lantas Ibrahim menjawab,“ Wahai penduduk Bashrah,


hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara.


Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?”


“ Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?” Tanya penduduk Bashrah....


1. Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.


2. Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.


3. Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.


4. Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.


5. Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.


6. Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan


diri ke dalamnya.


7. Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri


untuk menghadapinya.


8. Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan


keburukan sendiri.


9. Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran


daripadanya.


10.Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.


Buku : Kitab Tazkiyah; Metode Pembersihan Hati Aktivitis Dakwah



"TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA


BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILAHI"


3 naqib berbeza fikrah



gambar hiasan

Salam perjuangan.Hati ini mula tertanya kenapa aku mempunyai banyak naqib??..Persoalan yang sangat merusingkin.soal tarbiyyah bukan soal biasa, kerana ia akan mencorak kita melaluai manhaj n pengisian tarbiyyah itu bak pepatah melayu jikala bapak kencing berdiri jangan salahkan anak kencing berlari. perkara kecil tapi memberi impak yang besar.Soal perjuangan kita perlu teliti,kerana ia menyebabkan keikhlasan.. Bukan aku minta 3 naqib tetapi diterima dlm diam..huhu...

Fiqh pemikiran bukan perkara mudah,bukan perkara remeh walaupun ia nampak macam biasa..Kenapa tabligh,jim,abim x sertai politik ?? persoalan biasa didengar.. Kalau kita silap,kurang bertanya dan mengkaji, ia boleh menyebabkan kita pandang serong pada jemaah ini..kita perlu tahu apa itu gerakan islam dan gerakan politik islam.Kepada naqibku aku harus undur diri dr medan perjuangan,bukan kerana benci,bukan kerana manhaj tetapi ingin selamatkan diri ini menjadi seorang fitnah kepada perjuangan.Mintak maaf byk2,insyallah ana akan still pada satu jemaah sahaja,demi menjaga fahaman ana.Disebabkan inilah ana tidak dapat memberi wala' kpd abg2.maaf byk2..

wala' dan taat

Perkara mungkin nampak sama tetapi membawa maksud yang berbeza,mengikut kefahaman ana wala' ini terletak dalam taat..wala' ini bermaksud memberi ketaatan memberi kepercayaan tetapi taat lebih besar,sbb itu kita mesti taat pada perintah yang esa.ada pendapat??

Wednesday, December 30, 2009

Rindu Teramat sangat....

waktu demi waktu berlalu,hari berganti hari, tahun berganti tahun...Umur semakin bertambah, Kubur semakin kuat memanggil.Beginilah kehidupan benafas dalam jiwa hamba..

Tiap kali mendengar nasyid selamat berjuang,teringat sahabat semasa di PLKN, Matrikulasi, dan x lupa juga sahabat kat Smaszal...Huh...rindu sangat2 nak jumpa, setakat SMS n CALL x dapat lagi merubat kerinduan nie...Aku bersyukur kepadamu Ya ALLAH kerana memilih aku menjadi seorang pembela agamamu,Terima Kasih Teman2 kerana x lupakan ana..Hidayah milikmuu Ya ALLAH, aku bersyukur walaupun aku terpaksa bermula dr bawah,Ya ALLAH jangan kau bolak-balikan hati ini selepas kau beri petunjuk hidayah..


Berbuka puasa bersama budak kelas smaszal


Kepada kawan2 dekat Matrikulasi KMKu, terutama yang suka berbincang dan mempersoalkan tentang manhaj gerakan islam sehingga menjadi asabiah.he3... Pape pun kita kena faham semua gerakan nak menyampaikan perkara yang sama, tetapi menggunakan jalan yang lain. dan yang paling PENTING kita kena faham gerakan islam dan gerakkan politik islam..2 perkara yang berbeza tetapi membawa perjuangan yang sama..Betul ke naqib ku?? he3...Itulah hakikatnya, selagi kita x faham, kita akan saling menunding jari..



PLKN DORM 6



Bukan tabligh ye.....(anuar n mat red)

Sahabat2 dunia sekarang semakin teruk,maksiat semakin bertambah..Kita nak kembalikan suasana kembali seperti zaman Rasulullah,zaman sahabt,tabit,tabit-tabie,khilafah.Ia memerlukan satu medium..Kalau berperang kita lawan berperang, kalau hujah, kita mengemukakan hujah, kalau politik?? kita perlu siapa?? Sesungguhnya islam itu syumul..

Sunday, December 27, 2009

ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU





Oleh: Ustaz Muhadir Haji Joll, IRKHS


Ilmu adalah nur, cahaya yang menerangi hati. Agar pintu hati dibuka oleh ILAHI dengan cahaya MakrifahNYA, diberi limpahan kurniaNYA serta pancuran hikmah dan pemeliharaan daripadaNYA, maka, haruslah penuntut ilmu itu menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Antara adab-adab ini – secara ringkas – ialah:-

1- Niat ikhlas kerana Allah iaitu penuntut ilmu hendaklah berniat mencari keredhaan Allah semata-mata, mencapai kejayaan (al-Falah) di hari akhirat, menghilangkan kejahilan daripadanya, menghidupkan agama dan untuk mengenali tuntutan-tuntutan syariatNYA.

2- Menyibukkan diri dengan membersihkan zahir dan batinnya dari sebarang perkara yang berlawanan dengan syariat.


3- Merendahkan diri dengan gurunya sekalipun guru itu lebih rendah darinya dari sudut keduniaannya.

4- Melihat guru dengan pandangan penghormatan serta memuliakannya.

5- Membersihkan hati daripada sebarang kelakuan yang tidak baik.

6- Menjauhi bermain-main dan membuat kerja yang sia-sia serta kurang berakhlak semasa berada di dalam majlis ilmu ( di dalam kelas pengajian, dewan dll).
7- Menjauhi perkara-perkara yang menyibukkannya daripada menuntut ilmu.
8- Tabah menanggung kepayahan dan kesulitan dalam menuntut ilmu.
9- Bersikap haloba terhadap ilmu (ingin terus mencari ilmu) dan tekun.
10- Memilih guru, iaitu pilihlah guru yang paling alim, warak, beramal dengan ilmunya – dan kalau perlu yang tua -.
11- Memilih sahabat yang soleh.
Adab-adab lain termasuklah:
13- Redha dengan makanan yang sedikit dan sabar menghadapi kehidupan yang serba sudah.
14- Jangan memanggil gurunya dengan perkataan " kamu/ awak” dan jangan menyerunya daripada jauh.
15- Sentiasa mencari redha guru sekalipun ada sesuatu yang menyalahi pendapat dirinya, hormati haknya dan jangan melupakan kelebihannya. Cegahlah orang yang mengumpat atau memburuk-burukkan gurunya jika mendengarnya.

16- Selalu berdoa untuk gurunya semasa hidupnya, memelihara zuriatnya, kaum kerabatnya dan orang-orang yang disayanginya selepas kematiaannya. Jika ditakdirkan gurunya meninggal, ziarahi kuburnya dan memohon keampunan buatnya serta bersedekah dengan memberikan pahalanya untuknya.
Wallahua’lam.

(dipetik dan diolah daripada buku tulisan Syaikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Makanah al-Ilm wa al-Ulama’ wa Adab Tolib al-Ilm (Martabat Ilmu dan Ulama serta Adab-Adab Penuntutnya), Cetakan Pertama, 2002, Kedah: Pustaka Darus Salam, ms 53-72. Untuk kupasan lebih lanjut, silalah merujuk kitab tersebut)


-Sedikit perbincangan: Ari 2 ade singgah jap dkt Pondok kt kedah n sembang2 dengan student sana,sembang2 tengah malam, salah seorang dr mereka berkata"Kalau kamu nak lawan cg Math,Sains,ape2 je la boleh, tp kalau cg yg mengajar ugama especially tok guru, jangan sesekali,sebb ilmu diaorg ilmu bersanad terus kpd Rasulullah"-lebih kurang macam nie ka bunyinya...Betulkah??


BErADaB Dengan Ibadat..

Memang betul ilmu fardu kifayah kebanyakkn tidak bersanad terus kepada Rasulullah,Hakikatnya segala ilmu itu cahaya.Cahaya itu akan terpadam bila tidak dijaga dengan baik. Setiap perkara tidak semestinya bersanad baru kita nak menghormati, Allah kurniakan Akal untuk berfikir,Allah kurniakan Panca indera untk merasa,melihat..


Kenapa ALlah Menyamakan Manusia dengan haiwan ternakan?? Kalau diperhatikan,Kepala Haiwan ternakan sepert lembu,kambing semuanya rendah daripada saluran najis.Begitu hina manusia jika tidak memikirkannya.



SOAL HATI


“ Sesungguhnya dalam jasad anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh diri manusia. Jika ia jahat, maka jahatlah seluruh hidup manusia., ketahuilah itulah hati (qalbu)” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Ghazali menyebut :

” Kebanyakan hati itu tewas ditakluki oleh tentera2 syaitan, maka penuhlah dia dengan hasutan2 dan cucukan2nya supaya kenikmatan segeralah yang perlu dicari dan diutamakan oleh mereka sambil mengenepikan nikmat yang dijanjikan untuk hari Akhirat. Langkah permulaan bagi penaklukannya ialah dengan menyuruh mereka menurut hawa nafsu dan tidak mungkin hati2 itu ditawan kembali melainkan dengan menghalau tentera2 syaitan itu yang berupa runtuhan2 hawa nafsu dan isikanlah dia dengan ingatan dan zikir2 kepada Allah s.w.t yang menjadi tapak bagi penjelmaan kesan2 malaikat ”.

Ape khabar hati kita??

Saturday, December 26, 2009

Futurkah Diri ini.....


Ya Allah, Aku merasa amat lemah hari ini,sehinggakan tidak berdaya..aku lemah bukan deman,sakit2 luaran, tetapi lemah sakit dalaman..Sahabat2 aku perlukan kamu semua untuk bangunkan aku semula..aku sedih dengan suasana,aku kecewa kerana mudah dibawa arus..Teman pimpinlah aku,dakaplah aku..Didalam seda gurauku tiada seorang tahu petapa pedihnya hati ini, Hati ini perlukan kekuatan ya Allah...Ya Allah kuatkan azamku jangan biarkan aku lesu dalam perjuangan sehingga menjadi futur....

Si tukang cerita dan pohon tua...





Alkisah, ada seorang tukang cerita yang sangat setia dengan tamburnya setiap kali dia lewat ke sesuatu tempat. Si tukang cerita ini tidak pernah mengenal erti lelah, dan sentiasa sarat dengan koleksi kisah kehidupan yang membawa seribu satu pengajaran buat pendengar-pendengarnya. Bukan wang yang dikejar, tapi dia sangat berharap agar orang-orang yang bakal mendengar setiap cerita darinya agar mendengarnya bukan dengan telinga, tapi dengan HATI mereka. Ia ingin orang-orang itu dapat terus hidup, bukan hanya fizik, tapi dengan JIWA yang terus berkembang. Ia ingin agar orang-orang itu dapat melihat, mengecap, meraba, bukan hanya dengan indera, tapi dengan NURANI yang mereka punya. Ia ingin, semua orang yang mendengarkan itu memahami bahawa hidup itu adalah hal yang indah dan menyenangkan, sejuk dan menyegarkan, damai dan penuh kenyamanan.

Kali ini, ia membawakan satu kisah yang cukup menarik, bertajuk “Pohon Tua”. Logiknya, kalau sesuatu benda itu sudah usang, lusuh, dan buruk…kita akan terus menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak berguna…tiada nilaiannya…tapi mashaAllah, kisah dari si tukang cerita ini begitu bermakna dan bisa membuat kita semua berfikir sejenak….walaupun hanya dengan sebatang “Pohon Tua”…

Suatu ketika di sebuah padang, tersebutlah sebatang pohon yang rendang. Dahannya rimbun dengan dedaunan. Batangnya tinggi menjulang. Akarnya menembus tanah hingga dalam. Pohon itu tampak gagah dibanding dengan pohon-pohon lain di sekitarnya.

Kerana rendang dan tingginya, pohon itu menjadi tempat hidup bagi beberapa burung di sana. Mereka membuat sarang dan bergantung hidup pada batang-batang pohon itu. Burung-burung itu membuat lubang dan mengerami telur-telur dalam kebesaran pohon itu. Pohon merasakan senang mendapatkan teman saat mengisi hari-harinya yang panjang.

Orang-orang pun bersyukur atas keberadaan pohon tersebut. Mereka kerap singgah dan berteduh di kerendangan pohon itu. Mereka duduk dan membuka bekal makanan di bawah naungan dahan-dahannya. “Pohon yang sangat berguna,” begitu ujar mereka setiap selesai berteduh. Lagi-lagi, sang pohon pun Bangla mendengar perkataan itu.

Namun, waktu terus berjalan. Sang pohon mulai sakit-sakitan. Daun-daunnya rontok, ranting-rantingnya mulai berjatuhan. Tubuhnya kini kurus dan pucat. Tak ada lagi kegagahan yang dulu dimilikinya. Burung-burung pun mulai enggan bersarang di sana. Orang yang lewat tak lagi singgah untuk berteduh.

Sang pohon sedih. “Ya Tuhan, mengapa begitu berat ujian yang Kau berikan padaku? Aku perlukan teman. Tak ada lagi yang mahu mendekatiku. Mengapa Kau ambil semua kemuliaan yang pernah aku miliki?” begitu ratap sang pohon hingga didengar seluruh hutan. “Mengapa tak Kau tumbangkan saja tubuhku agar aku tak perlu merasakan seksaan ini?” sang pohon terus menangis membasahi tubuhnya yang kering.

Musim telah berganti, namun keadaan belumlah mahu berubah. Sang pohon tetap kesepian dalam kesendiriannya. Batangnya tampak semakin kering. Ratap dan tangis terus terdengar mengisi malam-malam hening yang panjang. Hingga pada saat pagi menjelang.

“Cittt…cericit….cittt” Ah suara apa itu? Ternyata, ada seekor anak burung yang baru menetas. Sang pohon tersedar dari lamunannya.

“Cittt…cericit….cittt” Suara itu makin keras melengking. Ada anak burung lagi yang baru menetas. Lama kemudian, riuhlah pohon itu atas menetasnya burung-burung baru. Satu….dua…tiga…empat anak burung yang lahir ke dunia!

“Ah, doaku dijawabNya,” seru sang pohon.

Keesokan harinya berterbanganlah burung-burung ke arah pohon itu. Mereka membuat sarang-sarang baru. Ternyata batang kayu yang kering mengundang burung dengan jenis tertentu untuk mahu bersarang di sana. Burung-burung itu merasa lebih hangat berada di dalam batang yang kering berbanding sebelumnya. Jumlahnya pun lebih banyak dan lebih beragam. “Ah, kini hariku makin cerah bersama burung-burung ini,” gumam sang pohon dengan berbinar.

Sang pohon kembali bergembira. Dan ketika dilihatnya ke bawah, hatinya kembali membuncah. Ada sebatang tunas baru yang muncul berdekatan akarnya. Sang Tunas tampak tersenyum. Ah, rupanya air mata sang pohon tua itu menumbuhkan bibit-bibit baru yang akan melanjutkan pengabdiannya pada alam.

Teman, begitulah. Adakah hikmah yang dapat kita petik dari kisah di atas? Allah memang selalu punya rencana-rencana rahsia untuk kita. Allah dengan kuasa yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, akan selalu memberikan jawapan-jawapan buat kita. Walaupun kadang-kadang penyelesaiannya tak selalu mudah ditebak. Yakinlah, Allah Maha Tahu yang terbaik buat kita.

Saat dititipkanNya cubaan kepada kita, kita harus ingat akan ada saat lain. Saat Dia memberikan kita kurnia yang berlimpah. UjianNya bukanlah harga mati. Saat Allah memberikan cubaan pada sang pohon, sesungguhnya Dia sedang menunda pemberian kemuliaan. Allah tidak menumbangkan pohon itu sebagaimana yang diminta, sebab Dia menyimpan sejumlah rahsia. Allah sedang menguji kesabaran yang dimiliki si pohon.

Teman, yakinlah, apapun cubaan yang kita hadapi adalah bahagian dari rangkaian kemuliaan yang sedang dipersiapkanNya untuk kita. Jangan putus asa, jangan lemah hati. Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.

Narration:

“Sahabatku yang baik..sesungguhnya nikmat adalah cubaan..bila nikmat disyukuri, maka menjadi gerbang pembuka aneka nikmat yang lebih hakiki…namun ingat, bila nikmat dikufuri, maka ia adalah gerbang..lahirnya laknat dan bencana…waspadalah terhadap pujian, kelapangan, harta, sihat..kerana ini adalah ujian yang lebih berat daripada kepahitan…..jangan biarkan diri lalai….yang akan mengundang bala…syukurilah…syukurilah setiap nikmat…dengan menjadikannya kenderaan untuk mendekat, untuk mengabdi…. kepada yang Maha Memberikan segala nikmat…Allah Azza wa jalla….”

SutRa'10 Menglaro kan....


huh....Menyampah betul aku dengan kalau dapat handle program besar2 sorang2.Menyampah bukan kerana amanah,bukan kerana tajuknya ,tetapi menyampah kerana ia banyak perkra lain aku abaikan..

Kerana ia solat tidak khusyuk,kerana ia masa habis berjam2,kerana ia aku terpaksa mengorbankan masa stdy,kerana ia dan kerana ia....

Huu....Benarkah semua ini?? .::Think out of the box::.

Sebenarnya semuanya kerana Aku...

Aku baru tahu, betapa lemahya iman aku,Baru terima ujian sekecil,sudah mengeluh,sudah mengabaikan hak2 lain..Alangkah ruginya seandainya aku terus begini hingga akhir hayat...Ya ALLAh aku memerlukan bantuan mu....

Ya Allah,Aku tahu ini ujian daripadamu,jangan biarkan ujian ini menyebabkan aku futur dijalanmu...Istiqamahkan daku..

amin ya robal alamin....

Disebalik senyuman...

Alhamdulillah..Ya Allah, aku bersyukur kepada mu, kerana memilih aku sebagai seorang pejuang agamamu,aku tahu kau x memerlukan aku,aku tahu kau x memerlukan ustaz-ustaz, aku tahu kau x memerlukan tok-tok guru, tetapi kami amat memerlukan kamu..Ya Allah pilihlah aku sebagai pejuang agamamu yang mana berkekalan hingga akhir hayat yaknie Husnul Khotimah(pengakhiran yg baik).




ya Allah.




Aku sedih dengan sikap aku,kau berikan segala apa yang aku minta,tetapi aku jarang sekali memenuhi apa yang kau minta, hatta yang wajib aku melaksananya dengan main2..Ya Allah Ampunkan aku...Aku tahu diri ini amat lemah,diri ini selalu tersungkur di persimpangan jalan.Ya Allah bantulah aku,berilah kekutan kepada ku...




ya Rahman




Dikala aku melihat sahabat-sahabatku berjuang mengakkan yang hak, tiada langsung sungutan dari lidahnya.walaupun penat sehingga x bermaya, mereka tetap berdiri.Aku sungguh gembira melihat merka, tetapi sedih kenapa diri ini tidak seperyi mereka..Ya ALLAh Pilih la Aku...




Ya Alim




Sifat mu ini amat mengetahui,kenapa diri ini dilanda sifat riak,ujub,takabur,sum'ah...Kenapa aku mudah dibawa arus....




ya Allah




aku sedang mencari seorang teman yang dapat membantu aku,bangunkan aku kembali,bangun untuk bermujahad dan berjuang..Ya Allah aku inginkan teman, bila aku tengok dia, Iman aku bertambah.Ya Allah Aku ingin teman Yg istiqamah melakukan amal agar menjadi qudwah hasanah.Ya Allah jangan biarkan hati ini mncintai selain daripadamu.aku tidak mahu habiskan masa mudaku dengan perkara sia2 ini...Seandainya aku mencintai selain mu,jauhkan ia sejauh2nya,lupankan aku drpdnya..Bantulah aku ya Allah...




3:46 a.m


Tuesday, December 22, 2009

Tahniah dan Takziah….



..::Assalamualaikum::..



Alhamdulillah,pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita bersyukur kepada Tuhan yang esa,yang maha berkuasa dan segala bentuk maha hanya tertakluk kepadanya kerana mengurniakan 2 nikmat yang paling besar dan sering kita lupa ya’nie nikmat islam dan nikmat iman.Berselawat keatas junjungan mulia nabi kita ya’nie Muhammad alaihi salam serta para sahabt,para tabie,tabit tabien dan kepada semua yang memperjuangkan agama yang syumul ini sehinggakan sampai hari ini kita masih menikmati nikmat yang paling besar ini…



Pertama sekali, ana ingin ucap TAHNIAH dan TAKZIAH kepada sahabat kerana sanggup menjawat jawatan yang pada awalnya secara sukarela dan akhirnya menjadi amanah yang mana diakhir nanti kita dipersoalkan apa yang kita lakukan.Sabahabat2ku dalam diam membisu kita sudah membawa beberapa amanah yang besar ya’nie dakwah,amanah dr ibubapa,kolej,sahabt2,islam, dan amanah paling besar ya’nie khalifah a’bdullah …Ketahuai oleh mu kita ini sering diperhatikan oleh musuh2 islam yang mana perjanjian yang mutlak dengan ALLAH s.w.t ya’nie syaitan..


Sahabatku..


Diri ini suka berpesan kepada diri sndiri dan kawan2,Kita masih dialam pengembaraan, carilah ilmu sebanyak mugkin.Ingat la pesan ibubapa mu..Dan janganlah kamu membawa fitnah dalam perjuangan.. Sesungguhnya setiap gerak langkah mu diperhatikan orang..


Kepada sahabatku yang terpilih menjawat jawatan, laksanakan dengan sebaik2nya dan penuh amanah.Ingat !! bersedehanalah dalam semua aspek..jangan lupa matlamat kita,berjuang kerana ALLAH.Yang duduk diatas mahupun dibawah walaupun beze sifatnya tetapi sama dasarnya..Nukilan ini bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri sama dengan orang yang meludahkan air liur atas akhirnya jatuh ke muka sendiri…


Wslm








Dr: T/Presiden JKM Kolej Rahman Putra.UTM,skudai.

Friday, December 18, 2009

Kenal pasti pandangan lelaki







Rahsia yang perlu dijaga.....

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.



Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara



sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,



akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.



Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami









artikel yg tersimpan dalam folder lama ana..sekadar peringatan bersama

Thursday, December 10, 2009

Belajar dari Sejarah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,marilah kita sama2 bersyukur kehadrat Allah taala kerana memberi 2 anugerah yang paling besar n tidak dikurniakan anugerah ini kepada orang lain ya'nie Nikamt Islam dan iman.

Alhamdulillah sekali lagi ana dapat kumpulkan buku fiqh al-sirah oleh SA'ID RAMADAN AL-BUTI diterbitkan oleh dewan pustaka fajar.Walaupun buku ni agak buruk, tetapi isinya tetap berguna.

Doakan ana, semoga diberi kekuatan n istiqamah agar dapat menghabiskan buku ini.

Dr muhammad said ramadhan al buti

Download fiqh al-sirah 1 :download

Thursday, December 3, 2009

Pengembaraanku bermula sekarang...

Assalamualaikum....

Alhamdullillah.....pertama-tamanya dan selama-lamanya,marilah kita bersyukur kepada zat yang mempunyai sifat yang tidak dimiliki oleh makhluk lain...

uhhh..dari dalam keluar..Insyallah bermula hari ini, ana akan cuba istiqamah mengupdate blog setelah sekian lama meninggalkan dunia IT..

ermm,skarang kat UTM, sebenar sibuk hari nie...tapi curik2 je.Insyallah esok kami bertolak ke program anak angkat kat Kg. Ladang kat gelang patah kat Johor



Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails