Friday, November 12, 2010

INI SAHAJA AKU MAMPU

Mukadimmah
Alhamdullah bersyukur kepada ilahi kerana masih memilih diri ini dan ruh ini untuk mengabdikan diri padanya, selawat dan salam buat junjungan dan para sahabat yang mendada menperjuangkan islam dan para alim ulama’ yang tidak serik membawa cahaya islam untuk menyinarkan seluruh pelusuk.

INSIDE-OUTSIDE
Dari dalam itu mengzahirkan luaran, Itulah adalah kefahaman yang terbaik. Begitu juga akhlah kita, yang mana luaran itu akan dibentuk melalui dalaman. Kalau eloklah dalaman kita nescaya baiklah luaran. Permasalahan berlaku sejak akhir-akhir ini adalah manusia lebih mementingkan luaran, memakaian pakaian cantik-cantik dan menjaga imej. Alhamdulillah memenuhi tuntutan dalam agama, tetapi alangkah buruknya jika luaran itu ditonjolkan untuk penampilan semata-mata. Betapa buruknya akhlak itu.

SAHABAT
Sahabat dalam kita sibuk menghias diri, kita lupa menghias suatu tempat yang amat bermakna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Tempat ini mampu membawa kamu jadi malaikat dan mampu membawa kamu jadi syaitan. Tempat ini adalah hati yang mana ia juga dinamakan tempat ruh berpaksi. Kalau hati kita kotor dan ditutupi dengan kejahilan dan tiada suatu pun ruang untuk menyapa. Wahai Insan Kenali diri mu sebelum kamu kenal pencipta. Tangan itu tidak mampu meneka bunyi, telinga itu tidak mampu meneka warna begitu juga jasad kita tidak mampu mengenal tuhan yang tidak Nampak pada pandangan zahir, jadi ruh yang ghaib itu sahaja mampu menghubungkan kita dengan ALLAH. Jika hati kita dah kotor, bagaimana kita nak mengenal ALLAH. Hati penuh dengan penyakit hati, penyakit riak,takabur,sum’ah,ujub dan masalah dengan manusia. Hutang dengan manusia berlambak-lambak, selalu menyakiti hati dalam sedar atau tidak. Wahai ruh milik ilahi, keluarlah kamu dari kejahilan sujudlah menyembah ilahi. Wahai Ruh yang terpenjara, keluarlah kamu sujud pada ilahi.

PENGIKAT HATI-HATI
Wahai sahabat yang mampu mengikat hati-hati dan memberi hati kita kepada seseorang hanyalah ilahi. Tidak cukup dengan riadah dan program-program bersama jika ruh kamu masih tidak mendoakan agar roh-roh mu disatukan. Penyatuan satu element di perkuatkan lagi dengan tarikan dalaman maka ia akan kukuh. Itulah indahnya berukhwah kerana ALLAH.

“ Ya ALLAH, Kaulah pemilik hati-hati kami, satukanlah hati-hati kami untuk menegakkan kalimahmu dimuka bumi ini, Ya Rabbul I’zati, kukuhkanlah ikatan antara kami dengan hidayahmu semoga hidup, mati kami kerana mu. Ya Allah kau temukan kami didunia maka temukan kami disyurga”


abd. muhaimin
5.35pm
12/11/10

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails