Dunia ini ibarat meja yang di atasnya ada hidangan untuk tetamu yang datang silih berganti. Di atasnya ada pinggang mangkuk emas dan perka, penuh dengan makanan yang sedap-sedap, dan bau-bauan yang harum mewangi. Tetapi yang bijak akan makan seperlunya, menghidu wangi-wangian itu, mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, dan kemudian pergi. Tetapi tetamu yang bodoh, sebaliknya cuba mendak membawa pulang pinggang mangkuk emas dan perak itu, tetapi benda-benda itu dirampas balik darinya. Ia ditolak pergi. Maka malu dan hina serta putus asa sahaja yang diperolehinya.
Sekarang kita tutup penerangan kita tentang tipu muslihat dunia ini dengan ibarat yang berikut. Katalah sebuah kapal tiba di sebuah pulau yang penuh dengan kayu-kayan. Nakhoda kapal itu memberitahu penumpang-penumpang kapal itu ia hendak singgah bebarapa jam sahaja di pulau itu, dan mereka boleh naik ke pantai untuk sementara waktu tetapi jangan terlampau lama. Maka turunlah penumpang-penumpang itu ke pantai dan masing-masing pergi ke sana dan kemari sesuka hatinya.
Orang yang bijak di antara mereka itu akan kembali ke kapal dalam masa yang singkat sahaja dan apabila melihat kapal itu lapang mereka pun mencari tempat yang selesa untuk duduk.
Kumpulan penumpang yang kedua pula berjalan ke sana ke mari lama sedikit sambil menikmati keindahan pokok-pokok dan bunga-bunga dan mendengar burung-burung menyanyi. Setelah kembali ke kapal, mereka dapati tempat-tempat yang baik di kapal itu telah diduduki dan terpaksalah mereka berpuas hati dengan tempat yang kurang selesa itu..
Kumpulan yang ketiga berjalan dan bersiar makin jauh di pulau itu dan mereka membawa batu-batu yang beraneka warna untuk dibawa ke kapal. Kerana mereka lambat kembali ke kapal itu, terpaksalah mereka duduk di tempat-tempat yang kurang baik di dalam perut kapal itu. Mereka dapati batu yang berkilauan yang mereka bawa itu telah hilang kilauan dan warna-warninya.
Kemudian yang terakhir pula telah merayau-rayau terlalu jauh ke tengah pulau itu hingga tidak sedar masa untuk belayar telah hampir dan tidak pula mendengar panggilan nakhoda itu kerana mereka terlampau jauh. Maka terpaksalah kapal itu belayar semula tanpa mereka bersama. Maka merayaulah mereka dengan putus asa dan dukacita dan akhirnya binasalah mereka kerana dahaga dan kepalaran ataupun dimakan oleh binatang-binatang buas.
Kumpulan pertama itu ibarat orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari pengaruh keduniaan; dan kumpulan yang terakhir ialah ibarat orang-orang kafir yang hanya memandang dunia ini sahaja dan lupa akhirat. Dua golongan yang di antara itu adalah mereka yang memelihara Imannya mereka tetapi mengikut pautan diri mereka kurang lebih dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di dunia ini.
Meskipun kita telah bercakap banyak mengecam dunia ini, tetapi hendaklah diingat bahawa ada juga perkara-perkara di dunia ini yang bukan terdiri dari benda keduniaan, seperti Ilmu Pengetahuan dan Amal Sholeh. Manusia akan membawa bersamanya apa-apa Ilmu yang ia punyai masuk ke Alam Akhirat. Meskipun amal sholehnya telah berlalu, namun kesannya tetap tinggal dalam wataknya atau keperibadiannya khususnya dalam hal peribadatan, yang menghasilkan Cinta kepada Allah dan mengenangNya sentiasa. Inilah sebahagian dari "perkara-perkara yang baik" yang tersebut di dalam Al-Qur'an sebagai "Tidak akan hancur musnah".
Lain-lain perkara baik dalam dunia ini, seperti berkahwin, makanan, pakaian dan sebagainya digunakan oleh orang-orang yang bijaksana menurut kadarnya kerena ini semua menolongnya untuk mencapai ke Alam akhirat. Apa sahaja yang menarik seluruh perhatian hati yang menyebabkan ianya tertambat ke dunia ini dan lupa ke Akihrat, adalah sebenarnya jahat semata-mata. Ini diibaratkan oleh Nabi SAW demikian;
"Dunia ini celaka dan semua perkara dalam dunia ini celaka, kecuali Zikir Allah(mengenang Allah) dan apa-apa sahaja yang membantu(untuk mengingati Allah)
No comments:
Post a Comment