Assalamualaikum wrbt, bersyukur khadrat ilahi kerana masih memilih kita untuk diberikan nikmat islam dan iman yang menjadikan kita mulia didunia dan akhirat. Bersama kita mengharap agar kita termasuk dalam golongan
husnulkhatimmah. Selawat dan salam kepada rasul junjungan yang memenangkan islam, tidak dilupakan kepada generasi Al-quran dan para pejuang Islam yang mendada menegakkan kemenangan dan mengekalkan kemenangan islam.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan sedarkah kita hayat kita semakin singkat dan tahukakah kita bahawa manusia ini wajib diberi peringatan seminggu sekali yaknie bertaqwa kepada ALLAH. Peringatan ini wajib diberi oleh khatib-khatib diseluruh dunia kerana ia adalah rukun khutbah ketika datangnya sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud).
Wahai insana yang inginkan syurga, adakah kamu bersedia untuk mendapatkanya? Ketika khatib merayu diatas mimbar masih ada yang yang berlenggang ke masjid sedangkan Rasulullah bersabda:
“Apabila datang hari Jum‘at, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”.
(Hadis riwayat Muslim)
Ana ingin mengucapkan tahniah bagi yang datang awal kemasjid bagi merebut suatu perkara ghaib yang hanya golongan tertentu sahaja mampu melihatnya dan kedatangan awal kemasjid belum tentu dapat menjamin mereka ini mampu untuk berada diatas masjid dan alangkah sedihnya apabila melihat ada yang sanggup duduk diatas tangga, diluar masjid yang tidak ingin berebut untuk mendapatkan pahala I’tiqaf. Wahai insan yang berpangkat,wahai insan yang berilmu tinggalkanlah segalanya diluar masjid. Bertaqwalah kamu kepada Allah. Janganlah kamu jadikan jumaat tempat untuk tidur, janganlah kamu jadikan jummat ini sebagi tempat bersms, jadikanlah ia tempat untuk membina kekuatan,jadikanlah ia tempat untuk membina nilai dan ingatlah apabila si hati tidak ingin mendengar peringatan maka jadilah ia golongan yang disebut dalam surat Al-Baqarah dan kecenderunan untuk bertindak diluar syariat islam menjadi-jadi. Wahai Insan yang bakal berkampung di alam perkuburan. marilah kita sama-sama bina hubungan dengan Allah Habllum-min-allah untuk mendapat hubungan yang baik dengan manusia hablum-min-nass.
Akhir Tinta,Ingatlah pesan ini agar kita sama-sama mendapat saham diakhirat .Fahamilah itulah hakikat yang perlu kita ubah untuk mendapat jannatunaiem dan bersama kita mendengari rayuan mimbar dari seorang khatib..wssallam
Abdullah Muhaimin b. Sa’ari
2-Kejuruteraan geomatik
LPK-PMIUTM
No comments:
Post a Comment