Sunday, August 15, 2010

Namanya Ramadhan...


"mengapa aku harus menanti perkara yang tidak pasti, sedangkan ia ketentuan illahi"

Sekian lama melayari bahtera kampus, tiba-tiba ada insan yang amat anda kasihi dan amat mulia disisi anda dan ia menyatakan hasratnya hendak menjadi tetamu anda dalam bebrapa hari, apakah yang anda lakukan dan apakah perasaan anda?

Pastinya anda merasa amat gembira dan berasa amat senang hati. Pastinya anda akan membuat pelbagai persedian menanti kehadiran tetamu yang amat membahagiakan itu. Anda akan membuat persiapan semampu yang boleh, anda membersih rumah anda, anda akan memasak yang teristimewa dan merancang pelbagai program bagi menanti kedatanganya. bukankah begitu wahai sahabatku..? Jawabnya pasti benar!

Bagaimana pula sekiranya tetamu itu bukan kekasih kamu, tetamu itu adalah kekasih disisi Allah ta'ala, kekasih kepada seluruh muslimin dan muslimat?

Bagaiman sekiranya tetamu itu pada sisinya dan sekitarnya hari-harinya siang dan malam membawa akan kebaikan dan keberkatan. Ketahuialah sesugguhnya tetamu ini adalah namanya ramadhan yg sekarang kita sedang duduki bersamanya. Ia adalah bulan Al-Quran, bulan puasa, bulan tahajjud dan ibadah, bulan sabar dan taqwa, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan pelepasan dari api neraka, bulan padanya terdapat malamnya lebih dari seribu bulan, bulan diikat syaitan,bulan pintu neraka ditutup, bulan pintu-pintu syurga dibuka, bulan pahala dilipatkali gandakan serta diberi keberkatan di dalam ketaatan dan ia adalah bulan yang diberi pahala yang besar dan kelebihan yang amat banyak.

Sebagai seorang yang beriman, kita cuba mewajibkan diri kita agar memaksimakan berdoa kepada Allah ta'ala. memperbanyakan membaca dan menghayati Al-Quran, hidupkanlah malam hari dengan munajat kepada Allah, sentiasa berzikir kepada Allah, beriktiqaf dimasjid. Ketahuilah olehmu apakah yang dimaksudkan dengan i'tiqaf? i'tiqaf adalah mendirikan,menetap atau mendiami masjid. Para ulma' telah menetapkan tempat yang boleh beriktiqaf didalam masjid adalah kawasan berkarpet. Oleh itu sama-samalah kita berebut datang ke masjid dan duduk di kawan berkapet dengan niat beri'tiqaf.

Sempurnakanlah puasa dengan menahan seluruh anggota tubuh kita daripada segala perkara yang tidak diredhai oleh Allah.Didalam buku al-Tib fi al-Quran al-Karim ditulis oleh dua orang islam dari syiria menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa antaranya :

o Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.

o Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan.

o Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.

Sebelum saya mengakhiri kalam, izinkan saya memperingati bahawa bulan Ramadhan diawalnya adalah rahmah, dipertengahannya adalah keampunan dan pengakhiranya adalah pembebasan dari api neraka. Sama-sama kita berdoa agar kita termasuk golongan yang telah dijanjikan..wslm

Abdullah Muhaimin b. Sa'ari

2-kejuruteraan Geomatik

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails