IZINKAN AKU BERSAMANYA
Ya Allah sudah 20tahun aku bernafas guna udaramu, Hampir 20thn aku menggunakan nikmatmu tanpa putus-putus kau dan kau masih memilih aku untuk bersama jemaah islam dan masih memberi nikmat yang paling besar dan sungguh berharga kerana tanpanya dinerakalah aku yaknie nikmat islam dan nikmat iman.
"Ya ALLAH matikan aku didalam islam dimana penghujung hayatku penuh dengan keiman kepada mu, sesungguhnya aku tidak upaya menentukan aku kesyurga dengan amalan-amalanku ini"
Wahai diri yang hina, berazamlah kamu untuk menjadikan ramadhan kali ini penuh dengan keimanan dan taqwa pada ALLAH. Kematian tidak mengenal tempat dan waktu. Ya Allah aku bersyukur kepadamu kerana membuka hijab hatiku dan menyedarkan aku bahawa aku adalah jenazah berkata-kata..
عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَادٍ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: َاْلكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَاْلعَاجِزُ مَنْ اَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلىَ اللهِ الْأَمَانِي ( رواه الترمذي )
Maksud:
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)
PERMOHONAN TERAKHIR
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, diri ini memohon maaf dan halalkan semua perkara semoga aku bertemu dengan penciptaku dengan penuh tenang dan memudahkan aku ke syurga yang kekal abadi...AMIN...AMIN Ya ALLAH...
9.16am
10/8/2010
Abdullah Muhaimin saari
T.Pengerusi JKM KRP
T.Rais
Biro Akademik Pemeta
Biro Multimedia KKM'09
Ahli LPK PMIUTM
Ahli GKIJP
No comments:
Post a Comment