MAHASISWA BERPELAJARAN BUKAN PENDIDIKAN
Sudah bertahun-tahun Malaysia merdeka, tetapi system pendidikan masih menjadi bahan kajian terhadap pelajar-pelajar di bangku persekolahan dan universiti. Disebabkan hal ini, kegagalan system pendidikan melahirkan Modal Insan tetapi melahirkan umat akhir zaman yang dekadensi moral yang amat teruk seperti Gay, Lesbian, Pondan, golongan secular, social dan sebagainya.Ini menunjukkan kedatangan university ke suatu tempat banyak membawa keburukkan daripada kebaikan kerana diamana ada university disitulah berputiknya jahiliyyah.
Apakah itu modal insane?.Modal Insan bukannya untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita patut usaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir lagi mencipta idea. Sukanya saya memetik satu petikan daripada buku Usataz Fathi Yakan didalam bukunya yang berjudul Generasi Pemuda dan Perubahannya”. Didalam buku ini muka surat 15 mengatakan “Peranan dan tugas pemuda adalah melakukan perubahan bukannya menempel atau memperbaiki dan inilah sewajarnya dilakukan hari ini,
Sejauh mana pendidikan di Malaysia Berjaya melahirkan muslim yang boleh menjustifikasikan islam sebagai Islam sebagai rahmat seluruh rakyat Malaysia. Saya lontarkan isu ini kerana saya tidak dapat melihat kecenderungan masyarakat kita untuk meletakkan pendidikan sebagai satu keutamaan dalam menyelesaikan masalah.Semuanya diselesaikan dengan politik. POLITIK!! POLITIK!! SEMUANYA DIPOLITIKKAN..Masalah minyak DIPOLITIKKAN…Masalah kemiskinan DIPOLITIKKAN…masalah Mahasiswa juga dipolitikkan..
Cuba mahasiswa-mahasiwi sekalian buka minda dan membaca sejarah. Sedarkah kita ahli politik sebelum ini diterajuai oleh guru, pendokong ilmu dan orang yang memahami ilmu, tetapi pada hari ini politik diterajuai oleh orang yang mempunyai wang, pengikut yang mempunyai wang. Mereka semua ini berfikiran materialistik dan mengharapkan kebendaan.
Sedarlah wahai mahasiswa sekalian
-Kita sebagai mahasiswa perlu ambil tahu dan terjun dalam bidang politik bagi mengembalikan kesucian politik.
-Mahasiswa perlu mengambil tampuk kepimpinan dan mengubah pemikiran masyarakat yang masih dihijabi oleh jahiliyyah.
-Mahasiswa pula jangan lupa mengubah diri sendiri yaknie anjakkan paradigm yang meliputi semua sudut sebelum mengubah pemikiran masyarakat.
Kesimpulannya.
-sistem pendidikan sekarang hanya mampu melahirkan hamba kebendaan, tidak mampu mengenal tuhan.
-Sekolah atau Universiti menjadi pusat transfer ilmu tanpa nilai.
-saya menyeru kepada semua mahasiswa agar dapat member komitmen kepada kuliah ilmu yang disediakan terutamanya berkaitan dengan islam agar kita dapat membina nilai sebagai seorang insane
Saya menutup ucapan saya pada petang ini dibulan mulia ini dengan sepotong hadis
Tidak akan berganjak kaki seseorang hamba pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya 4 perkara
1. Kemana dihabiskan umurmu
2. Bagaimana ia manfaatkan usia mudanya.
3. Darimana peroleh harta dan kemana ia manfaatkan.
4. Apa yang telah merealisasikan ilmunya..
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum wrbt….
Abd. Muhaimin Sa’ari
Ucapan pertama di pentas Speaker Corner.
13/08/2010
3 ramadhan 1431
No comments:
Post a Comment