Wednesday, April 27, 2011
ku serah cintaku
Tuesday, April 26, 2011
Misi tersendiri...
Monday, April 18, 2011
Ikhtilat Dunia Maya Ala Aktivis Dakwah
Sebenarnya ana juga bingung mau menuliskan apa mengenai tema ikhtilat dunia maya ala aktivis dakwah. Beberapa waktu ana melihat-lihat kembali kepada catatan ana mengenai tema pilihan ini, namun ana tetap bingung mau mulai dari mana. Ya, akhirnya terlintas di pikiran ana tentang suatu jejaring sosial yang berkembang pesat saat ini. Apalagi kalau bukan facebook. Ya, saat ini facebook-lah yang memberikan peluang ikhtilat dunia maya kepada para aktivis dakwah.
Mengenai istilah per-ikhtilat-an, maka yang akan terbayang oleh kita adalah bercampur baurnya antara ikhwan dan akhwat. Tidak ada hijab yang membatasinya. Nah, bagaimana ya percampurbauran itu bisa terjadi di dunia maya? Tidak ada hijab? Tapi kan tidak bertatap muka, untuk apa hijab?
Ternyata jawabannya adalah “bisa”. Ikhtilat itu tetap bisa terjadi walau di dunia maya sekali pun. Saat ini dunia sudah mulai canggih akhy. Walau tidak bertatap muka secara langsung namun foto profil di facebook sudah mewakilinya. Belum lagi perbincangan-perbincangan yang terjadi, seakan-akan tidak pernah menjadi aktivis dakwah saja.
Kita sama-sama mengetahui bahwa facebook adalah produk yahudi yang seharusnya kita boikot. Namun karena berbagai alasan terutama karena kepentingan dakwah, maka jadi jugalah sebuah akun baru yang akan menambah kekayaan yahudi itu. Belum sebulan akun itu mewakili kita berdakwah di dunia maya, kini ia telah lupa akan tujuannya. Ya, tidak lagi untuk semata-mata berdakwah. Kini ia telah menjadi jejaring sosial biasa, tidak ada bedanya dengan akun ‘ammah lainnya selain foto profil ikhwah versi kartun.
Akun itu benar-benar tidak ada bedanya dengan akun ‘ammah. Bahkan lebih parah lagi. Status yang di-posting kini sudah mulai nyeleneh kepada hal-hal yang berbau asmara. Ikhwah yang dulunya berapi-api bahkan statusnya seolah-olah akan membakar jiwa para pendosa, kini sudah mulai melankolis. Sudah mulai berbicara tentang asmara. Apa itu cinta. Bagaimana mendapatkan istri yang sholehah. Dan lebih parahnya lagi, status itu disambut baik oleh rekan-rekan aktivis dakwah yang juga sudah mulai nyeleneh. Mulai dari sekedar memberikan jempol, sampai yang merespon melalui komentar sejenis. Dan lebih-lebih parahnya lagi, rekan aktivis dakwah yang merespon itu juga ada yang berbeda “gender”. Cerita pun mulai mengalir, dan tanpa disadari pembahasan sudah berada diluar kebutuhan dakwah.
Ya, pembahasan ikhwan akhwat sudah berada diluar kebutuhan dakwah. Padahal kita sepakat bahwa antara ikhwan dan akhwat tidak perlu ada perbincangan jika yang dibicarakan itu tidak ada nilai urgensinya. Tapi di dunia maya, hal itu seolah-olah terlepas dari hukumnya. Seakan-akan di dunia maya ini adalah hal yang bebas. Apakah karena dizaman Rasulullah belum ada internet?
Apapun alasannya, tetap hubungan antar ikhwan akhwat harus dibatasi. Hijab yang paling utama ada dihati. Walau pun perbincangan yang terjadi tidak berhadap-hadapan, namun ketika dihati telah lepas hijabnya, maka akan tetap terjadi perbincangan yang tidak berguna.
Satu hal yang perlu diingat, jika kita tidak mampu berkontribusi di jalan dakwah, minimal jangan jadi perusak di dalam tubuh dakwah.
Allahu a’lam bishshawab.
sumber : www.
Friday, March 25, 2011
Albaskitani mengajarku ilmu
TARBIYAH MESTI BERTERUSAN

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-’Auf.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).’ (HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’ (HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau
sistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
Penutup
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses
Thursday, March 10, 2011
Mutabaah Amal satu Keperluan Bukan Kehendak.

MUTABAAH AMAL.
Amat berat dan tidak layak untuk aku kupaskan tajuk ini dan cadangkan kepada sahabat-sahabat, kerana aku sendiri belum istiqamah dengan amalan ini. Insyallah semoga dengan post ini kita sama-sama diberi kekuatan untuk laksanakan. Insyallahutaala. amiin.
Mutabaah amal adalah satu sumber kekuatan ruhiyyah yang mana telah ditinggalkan dan dipandang rendah oleh umat islam terutama yang menjadi pendokong kepada perjuangan islam. Sepatutnya mutabaah amal ini ditarbiyyah diperingakat keluarga tetapi ketahuilah bahawa tidak semua lahir dalam keluarga yang faham tentang islam. Jadi jangan bersedih, kerana di kampus kita masih ada keluarga iaitu Usrah. Usrah itu adalah tunjang kekuatan kepada kita dalam bermujahadah tetapi tunjang pada hari ini sangat rapuh kerana mereka tidak ditarbiyyah mengikut tarbiyyah islamiyyah. Adapun mereka ini ditarbiyyah oleh manusia-manusia yang mempunyai ilmu tetapi tiada ruh islamiyyah. Banyak ilmu itu tidak semestinya Faqih, pandai berkata-kata tidak semestinya dia itu beramal dengannya.
Mutabaah Amal adalah satu system untuk kita sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor kepada kita. Insyallah kita akan dijauhi oleh sifat malas dan futur dalam perjuangan
“ Apalah Jemaah ni paksa kita buat amal”
“Apalah Abang ni, marah klu kita solat berjemaah, sibuk hal orang je”
“Disuruh, manalah nak dating Ikhlas!!”
Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini kepada
anak usrah atau diri kita sendiri ? adakah kamu lupa wahai insani akan lafaz jallajalallah ini?
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
surah Ali Imran aya
t 110
Dipermualaan itu sudah pasti agar sukar kerana kejahiliyyahan itu masih sebati dalam diri manusia itu. Insyallah dengan istiqamah selama 40 hari yang sama seperti kejadian insani yang melalui ‘alaqah-mudhroh-----kepada manusia’ . Fahamilah bahawa untuk memisahkan itu perlukan kepada istiqamah yang kuat dan disokong oleh sahabat lain. Insyallah kita akan Berjaya.
AMALAN KHUSUS
Ia adalah perkara yang wajib dimiliki oleh semua orang terutamanya abnaul harokah dan pencinta agama. Amalan khusus inilah yang menghidupkan ruh-ruh para pejuang dan mengistiqamahkan dalam mujahadah. Adalah lebih baik jika amalan khusus ini diterima melalui ijazah oleh guru yang mursyid dan jika tiada, tidak mengapa. Amallah, amalan yang masyhur dikalangan awam dan seelok-eloknya sembunyilah kepada makhluk ilahi untuk kita berpeluang berbicara dengan Rabul ‘izzati di akhirat kelak.
“ Ya Allah, ini amalanku yang istiqamah aku lakukan dan ikhlas aku lakukan hanya untukmu, hanya untuk mendapat redhamu, Rehdakanlah aku Ya Allah”
AKU INGIN SEPERTINYA...
Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat
Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah
Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah
Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'
Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah
Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya
Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"