MUTABAAH AMAL.
Amat berat dan tidak layak untuk aku kupaskan tajuk ini dan cadangkan kepada sahabat-sahabat, kerana aku sendiri belum istiqamah dengan amalan ini. Insyallah semoga dengan post ini kita sama-sama diberi kekuatan untuk laksanakan. Insyallahutaala. amiin.
Mutabaah amal adalah satu sumber kekuatan ruhiyyah yang mana telah ditinggalkan dan dipandang rendah oleh umat islam terutama yang menjadi pendokong kepada perjuangan islam. Sepatutnya mutabaah amal ini ditarbiyyah diperingakat keluarga tetapi ketahuilah bahawa tidak semua lahir dalam keluarga yang faham tentang islam. Jadi jangan bersedih, kerana di kampus kita masih ada keluarga iaitu Usrah. Usrah itu adalah tunjang kekuatan kepada kita dalam bermujahadah tetapi tunjang pada hari ini sangat rapuh kerana mereka tidak ditarbiyyah mengikut tarbiyyah islamiyyah. Adapun mereka ini ditarbiyyah oleh manusia-manusia yang mempunyai ilmu tetapi tiada ruh islamiyyah. Banyak ilmu itu tidak semestinya Faqih, pandai berkata-kata tidak semestinya dia itu beramal dengannya.
Mutabaah Amal adalah satu system untuk kita sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor kepada kita. Insyallah kita akan dijauhi oleh sifat malas dan futur dalam perjuangan
“ Apalah Jemaah ni paksa kita buat amal”
“Apalah Abang ni, marah klu kita solat berjemaah, sibuk hal orang je”
“Disuruh, manalah nak dating Ikhlas!!”
Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini kepada
anak usrah atau diri kita sendiri ? adakah kamu lupa wahai insani akan lafaz jallajalallah ini?
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
surah Ali Imran aya
t 110
Dipermualaan itu sudah pasti agar sukar kerana kejahiliyyahan itu masih sebati dalam diri manusia itu. Insyallah dengan istiqamah selama 40 hari yang sama seperti kejadian insani yang melalui ‘alaqah-mudhroh-----kepada manusia’ . Fahamilah bahawa untuk memisahkan itu perlukan kepada istiqamah yang kuat dan disokong oleh sahabat lain. Insyallah kita akan Berjaya.
AMALAN KHUSUS
Ia adalah perkara yang wajib dimiliki oleh semua orang terutamanya abnaul harokah dan pencinta agama. Amalan khusus inilah yang menghidupkan ruh-ruh para pejuang dan mengistiqamahkan dalam mujahadah. Adalah lebih baik jika amalan khusus ini diterima melalui ijazah oleh guru yang mursyid dan jika tiada, tidak mengapa. Amallah, amalan yang masyhur dikalangan awam dan seelok-eloknya sembunyilah kepada makhluk ilahi untuk kita berpeluang berbicara dengan Rabul ‘izzati di akhirat kelak.
“ Ya Allah, ini amalanku yang istiqamah aku lakukan dan ikhlas aku lakukan hanya untukmu, hanya untuk mendapat redhamu, Rehdakanlah aku Ya Allah”
No comments:
Post a Comment