Saturday, October 9, 2010

SUBURKAN BUDAYA ISLAM DI UTM


LANGKAH PERTAMA

Lahirnya seorang insan kedunia fana ini disambut dengan seruan azan dan iqamah, begitulah juga lahirnya mahasiswa kealam kampus ini disambut dengan kalam ALLAH di pintu gerbang UTM yang direkod didalam surat Taha:114.

“Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu”

Walaupun perkataan ini begitu ringkas tetapi memberi seribu makna disebaliknya. Kita dituntut untuk berharap kepada yang esa walaupun kita seorang yang cerdik pandai kerana segala pada kita adalah miliknya. Pernahkah kita bertanya, untuk apakah kita belajar?, Untuk siapakah kita menimba ilmu? Kemanakah untuk aku sumbagkan ilmu pengetahuan ? . Jika tidak, kita adalah orang yang tidak bermatlamat dan tidak menunaikan tugasan sebagai seorang khalifah.

"Dan aku ingin jadikan khlifah di muka bumi ini." : Al Baqarah 30

JENTIKAN MOMENTUM

Menjadikan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan, itulah simbol gambar kitab disebalik logo UTM . Di taukidkan pula dengan motto kerana tuhan untuk manusia yang menjadi kebanggaan kita dari dahulu sampai kini. Jika didunia kita memacu, diakhirat sana pasti kita akan memandu. Bersyukurlah kepada tuhan yang satu yang masih memilih kita untuk menggapai impian yang satu. Pernahkah kita berfikir bagaimana umat sebelum ini mampu mengusai ilmu ukhrawi tanpa meninggalkan ilmu duniawi seperti Ibnu Sina yang menghafaz Al-Quran dan pada masa yang sama beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan. Al-Khawarizmi yang banyak menulis ilmu tentang ilmu geografi dan falak, ibnu Nafis yang menemui saluran darah didalam jasad manusia dan lain-lain lagi. Bagaimana mereka ini mampu menukarkan segala bentuk duniwi kepada ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah sekali gus menyempurnakan tuntutan sebagai khalifah. Apabila Matlamat kita jelas dan tepat, syurga itu pasti milik kita. Bertindaklah atas kefahaman bukan ikut-ikutan.

BERSAMA MENUJU KEPASTIAN

Wahai insan diri ini merayu, jadilah kamu seorang suka memberi dan jangan kamu menjadi orang yang asyik menerima. Jadilah kamu seperti bunga dimana bersamanya ada madu untuk memberi kepada sang lebah. Lebah langsung tidak merosakkan bunga itu. Wahai penuntut ilmu rohani berilah sumbangan kepada kampus di UTM, wahai Pusat Islam UTM perbanyakkan program islam di UTM agar sinar islam kembali terang dan kembali subur. Bersama kita mengulangi sejarah kecemerlangan islam di UTM, dimana budaya islam subur, akhlak dan mahasiswa terjaga.

BERILAH PELUANG PADANYA

Dalam meniti hari untuk menuju destinasi kita hendaklah melakukan apa yang dikatakan agar tidak menjadi orang yang rugi. Bulan sabit pada logo UTM itu melambagkan islam. Adakah kita mahu melihat bulan itu tergantung sampai tidak mengeluarkan sinarnya? Adakah kita mahu melihat ia sebagai hiasan dan tersimpan didalam segulung ijazah? Ayuh kita budayakan islam di bumi UTM yang tercinta ini agar ia bertambah barakah dan berkat. Ayuh kita menyuburkan bumi UTM ini dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi agar kita selamat dunia dan akhirat. Ayuh kita gilap permata yang sudah lama terbiar agar sinarnya terpancar menyuluh keseluruh pelusuk tanah bumi sanjungan bangsa ini.


Abdullah muhaimin sa'ari

(Cubaan artikel utk suara siswa)

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails