Tuesday, October 26, 2010

DIMANAKAH PEMIMPINKU??


Berkata Imam Abu Ahmad al-Hasan bin ‘Ali al-Barbahaa-ri (meninggal 329 hijrah) di dalam kitabnya Syarah as-Sunnah:


ومن ترك صلاة الجمعة والجماعة في المسجد من غير عذر فهو مبتدع والعذر: كمرض لا طاقة له بالخروج إلى المسجد أو خوف من سلطان ظالم, وما سوى ذلك فلا عذر لك, ومن صلى خلف إمام فلم يقتد به فلا صلاة له

Maksudnya: Dan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dimasjid tanpa sebarang uzur maka ia adalah seorang ahli bid’ah. Uzur itu seperti sakit yang tidak mampu keluar kemasjid atau takut kepada pemerintah yang zalim, dan selain dari itu maka tidak termasuk dalam uzur bagi kamu. Barangsiapa yang solat dibelakang imam kemudia ia tidak mengikut imam tersebut maka tiada solat baginya.

Jika diperhatikan kepada kenyataan Imam al-Barbahaa-ri ini kita dapati bahawa begitu besar kedudukan solat berjemaah disisi Ahlus Sunnah. Lihatlah pada hari ini terlalu ramai yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah tetapi hidup sebagai ahli bid’ah kerana meninggalkan solat berjemaah dimasjid tanpa sebarang uzur.

Lebih menyedihkan apabila sikap meninggalkan solat berjemaah ini dilakukan oleh mereka-mereka yang berada didalam jemaah yang mendakwa memperjuangkan Islam. Bermula dari pemimpin dari semua peringkat hingga kepada ahli biasa jemaah, meninggalkan solat berjemaah ini menjadi suatu “rutin” harian.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar tidak tergolong dan termasuk dari kalangan ahli bid’ah. Hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW…………..

.:: Harap dapat merujuk ustaz jika tidak memahami hadith ini, jangan terima bulat-bulat, fahamilah::.


http://assabiel.com

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails