Wednesday, April 14, 2010

"Ana Tahu"-tetapi tidak ketahui

Assalamualikum.sahabat-seperjuangan sekalin..Semoga sahabat-sahabat sekalian dalam rahmat n taufiq hidayahnya termasuk diri ini. Sekarang ana dalam perjalanan balik ke Terengganu, balik ke Terengganu untuk mencari penajaan ke Arab Saudi.Insyallah penulisan ana pada hari ini masih berkenaan sikap manusia. Kali ini bagi ana satu ujian yang amat besar, masalah yang simple tetapi amat merumitkan iaitu berkenaan “aku tahu tetapi tidak ketahui” ..Sukar untuk diterjemahkan..


JOM JALAN-JALAN

“Abang lepas ni abang berhenti dekat simpan Sri Putri, dekat sedikit dengan UTM, Jimat sikit duit saya” . kata pelajar UTM

“Baikla dik, tapi perjalanan kita masih jauh, adik tidurla dulu, bila sampai nanti abang kejutkan”. Kata pemandu bas.

3 jam kemudia bas ini melalui Sri Putri dan tidak berhenti dan terus ke Larkin,Apabila tiba di Larkin Abang driver tadi kejutkan pelajar ini.

“Adik bangun, dah sampai ni”kata pemandu bas

“Aik!, kat mana ni? La kat Larkin rupanya..Abang kenapa tak kejutkan saya tadi, kan saya dah bagi tau berhenti kat Sri Putri, Saya nak balik cam na ni dah lewat malam ni” kata pelajar UTM

“Dah lewat malam dik, abang bukan tak nak kejutkan , tetapi kesian tengok adik tidur” kata pemandu bas .

Pelajar UTM terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke UTM, Tetapi bayaran 3 kali ganda lebih mahal dari Sri Putri.Kebiasaanya pada lewat malam pemadu teksi akan meletakkan harga ikut kehendak mereka.

“Abang hantar saya pulang boleh?” Tanya pelajar UTM

“boleh, adik nak kemana?”. Tanya pemandu teksi

Pelajar tadi pun naik teksi, api kemarahan belum hilang lagi..

“adik, adik nak kemana? “ Tanya pemandu teksi.

“Abang pergi ke jalan skudai dulu, nanti saya bagi tahu” kata pekajar tadi.

Pemandu teksi pun bergerak dengan perlahan-lahan dan menuju ke Jalan Skudai.

“adik ,adik nak kemana ni” Tanya pemandu teksi lagi.

“abang pergi terus je, samapi simpan depan nanti saya bagi tahu.” jawab pelajar UTM

“adik,adik nak kemana sebenar ni, bagi tahu je, abang dah lama hidup dekat johor nie, Kalau adik tak bagi tahu macam mana saya nak bawa kereta, buang masa la adik ni.” Kata pemandu teksi dengan nada yang tinggi

“Abang!! Abang boleh tak senyap, bawa je teksi tu, ikut suka aku la nak kemanapun,Orang suruh bawa-bawa la.” Kata pelajar tadi dengan perasaan marah-marah

.....Bersambung.....(he3)

Cuba hayati situasi diatas, banyak pengajaran yang dapat terutama yang pernah mengalami perasaan ini.Disini ana sengaja bawakan cerita ini kerana inilah sikap atau tabiat yang melanda kita hari ini, terutama didalam organisasi.Didalam cerita ini ada 2 situasi.

PEMIMPIN ADA AKAL TETAPI TIADA HATI(Pelajar dengan driver bas)

Pesanan yang diberitahu tidak diikuti. Kebanyakkan manusia pada hari ini suka buat kepala sendiri, kita menerima arahan tetapi dianggap remeh kerana kita memandang dengan taraf kedarjatan tetapi bukan dengan ilmu dan pemahaman. Disebabkan tidak mengikuti arahan atau kehendak pelajar tadi, ia telah menyusahkkan banyak pihak. Sahabat-sahabat ku sekalian, kadang-kadang bila kita menjadi pemimpinan atau menjawat jawatan, bila anak buah kita mintak tolong atau memberi pendapat hendaklah kita terima dan berbincang kerana mereka juga tahu apa yang kita tidak tahu. Jangan sesekali buat kepala, kerana dengan sikap ini akan ramai benci kepada kita.

AKU BUKAN PENGIKUT YANG HANYA BERTAKLID( Pelajar dengan driver teksi)

Dalam perjalanan kehidupan, pandangan mesti jelas dan matlamat mesti jelas lagi tepat. Jikalau tidak, kita tidak akan tercapai hasratnya dan akhirnya kehancuran yang datang tanpa diundang. Kita ada pemimpin, kita ada kumpulan.Kedua-dua ini saling memerlukan. Bila diri ini bertanya jika benar kamu tahu, bilanglah padaku, jikalau kau tidak tahu khabarkan kepadaku. Aku tidak mahu menjadi taklid membabi buta...

-kepada sesiapa terasa atau mengalami perasaan ini, ana mintak maaf, mana artikel yang dikeluarkan adalah mengikut apa yg difikirkan melaluai pandangan dan penelitian...

"Berbicara biarlah berilmu, berilmu biarlah beramal, beramal biarkah istiqamah"

pemikiran serabut dengan 1002 masaalah.....Penulisan sudah tidak menentu

15/04/2010

Dalam Bas Konsortium..

Abd. Muhaimin

1 comment:

Abdullah Muhaimin b. sa'ari said...

Bersikap jahilah kamu dengan org Alim Ulama'...

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails