MUKADIMMAH
Assalamualaikum wrbt..Alhamdulillah walhamdulillah , Ya ALLAH fahamkan aku tentang agamamu dan jadikan pengakhiran bagiku pengakhiran yang baik dan kurniakan kepada aku sifat keberanian, pemurah dan istiqamah...amin ya rabbal alamin..Insyallah hari ini ibnu as-syaari akan membincangkan tentang suatu masalah atau suatu perkara yang menjadi pertanyaan, persoalan sehingga perakhirannya diakhiri dengan penyatuan atau kehancuran sesuatu organisasi .
PERKARA PALING PENTING DALAM ORGANISASI
Terdapat 3 perkara yang penting didalam membentuk organisasi jemaah, organisasi rumah tangga, organisasi pekerjaan ialah PURPOSE, PEOPLE, PROCESS. Seandainya akar penguat bagi pokok sudah pasti dalam 3 element ini ada perkara yang lebih penting iaitu manusia. Walaupun suasana sekarang tidak menghiraukan manusia sebagai contoh : Adik kita jatuh dan dia mengadu sakit pada kita, pasti kita akan cakap “bangun-bangun, pergi balik rumah dan sapu ubat”, tetapi dalam kontek ini manusialah yang menjadi punca kepada segala benda.
PERKARA YANG MENENTUKAN MANUSIA ITU, MANUSIA
Didalam kopi Radix ada 7 herba pilihan tetapi yang dikenali hanyalah satu iaitu Tongkat Ali. Untuk mengenali manusia ada 4 perkara iaitu ilmu, kemahiran ,maklumat dan sikap tetapi kebanyakkan kita mengenal manusia adalah dengan sikapnya. Di dalam ilmu mantik ada mengatakan “seandainya cermin itu wajah kepada manusia, maka akhlaklah wajah kepada peribadi insan. Orang tidak akan peduli kepada kita tentang sejauh mana kita tahu tentang sesuatu tetapi ramai orang mengenali kita ,sejauh mana kita ambil peduli. Sikap memang sukar untuk diubah, malah tidak ramai ustaz yang berani terjun didalam bidang ini kerana ia terlalu sukar.
“Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."
Disini suka saya menggunakan satu anologi yang biasa kita lihat. Seorang pelajar datang lewat ke kuliah, apabila ditanya kenapa?, jawapnya “ saya naik bas encik, maafkan saya”..Seminggu kemudian pelajar ini beli motor tetapi masih lewat datang ke kuliah. Bila ditanya, jawapnya “ Jalan sesak la encik”... Moral of story-nya ialah, kita bagilah kapal terbang pun, dia tetap datang lewat ke kuliah sebab diri dia sendiri tidak mahu berubah.
CARA MENGUBAH SIKAP
Dari mata turun ke hati, itulah kata punjangga menjadi bibit pemuda-pemudi sekarang. Tetapi disebalik kata-kata ini mengandung seribu makna yang amat besar nilainya kerana cara penilaian manusia terhadap sesuatu yang dilihatnya. “what you see, it what you get”. Sebagai contoh kita melihat buah pisang. Ada yang melihat pisang itu manis, ada yang melihat pisang itu sebagai pelawas, ada yang melihat pisang itu makanan monyet. Manusia itu akan dapat apa yang dinilaikannya. Oleh itu apa yang menyebabkan satu organisasi itu menjadi kukuh? Tidak lain tidak bukan, ia bermula daripada seorang yang menilai keatas organisasi tersebut. Ada orang masuk organisasi sebab nak belajar, ada yang masuk organisasi untuk menghilangkan rasa bosan, ada yang masuk organisasi untuk belajar sesuatu. kesimpulanya ialah mereka ini akan mendapat apa yang dinilai kepada sesuatu.
SIAPA SILAP
“Saya tak tau la , Orang bawah malasla nak buat kerja diaorang tak nak berubah” said boss
“Saya rasa tidak selesa, boss saya dari dulu lagi, cam tu la sikap dia, x berubah-rubah”-Kata office boy.
Kita tidak boleh salah menyalahkan orang lain tetapi kita mesti ubah sikap mengatakan semuanya bermula daripada aku...Jom berubah.. Yang berlalu biarkan berlalu, ayuh kita bina hidup yang baru dan menjadi muslim yang sejati, berubahlah kerana kefahaman dan jangan terlalu ikut perasaan.
Abd. Muhaimin sa’ari
5:59 p.m
7/04/2010
No comments:
Post a Comment