Monday, April 5, 2010
Cerdik itu milik Mahasiswa tetapi seperti tikus!!??
Alkisah....
Maka tersebutlah sebuah kisah disebuah gedung padi. Kali ini musim tengkujuh tiba maka banyak padi yang disimpan didalam gedung kerana pada musim ini,musim padi menguning
“huu...huuu...syurga kita sudah bermula” menjerit seekor tikus dengan keriangan.
Jeritan ini disahut oleh tikus dalam sarang..”Alhamdulillah, Mencurah-curah rezeki” sahut tikus
berjiwa bersih.
Maka tikus-tikus pun bertebaran mencari makan.. habis guni, beg plastik di gigitnya. Seminggu selepas itu, kejadian ini diketahui pemilik gedung. “aduhai tikus...., habisla ko nanti” kata pak saed. Gedung ini milik pak saed. Pak saed pun berhasrat untuk letakkan kucing, agar tikus-tikus ni takut dan lari. Pak saed letak berpuluh ekor kucing, kerana terlalu sakit hati. Maka tikus pun x dapat bergerak dengan aktif lagi.
Disuatu petang tikus ini pun buat muktamar,
“ Wahai sahabat-sahabatku, pada hari ini rezeki kita disekat, kita dibunuh dan banyak dari kalangan kita cedera” jerit seekor tua dengan muka merah kemerahan..
“ Kita tidak boleh berdiam diri, kita kena fikirkan sesuatu, musuh kita telah menyekat hak kita ” kata tikus yang berjiwa bersih tadi
Suasana menjadi senyap , semuanya dalam kebingunan untuk memikirkan masalah
ini.Macam-macam rupa kelihatan, ada juga yang tertidur kerana kepenatan akibat dikejar oleh kucing.
“hah..Aku ada Idea”..Jerit tikus muda
Semua tertumpu padanya, jeritannya memecah kesunyian...
“apa kata, kita letak loceng pada lehernya, kita dapat tahu kemana saja geraknya dan
dengan ini mudahla kerja kita” said tikus beraliran kiri...
“tetapi siapa yang nak pakaikanya??” katanya lagi.....
Pengajaran “kola musonnif”..he2
Sekarang ramai mahasiswa bijak dan mempunyai banyak idea, tetapi takut untuk menzahirkan kerana takutkan perkara yang tak pasti..Ade yang hebat dari segi kata-kata, penulisan tetapi bila di medan yang sebenar hanya lafaz tersurat di isyaratkan..
*Alamak terkena pada penulis sendiri...Insyallah akan berusaha untuk mentransfomasikan diri..
Abd. Muhaimin b. Sa’ari
6/03/10
00:35 am
Demam EXAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment