Sunday, October 24, 2010
mohon maaf
Saturday, October 9, 2010
SUBURKAN BUDAYA ISLAM DI UTM
LANGKAH PERTAMA
Lahirnya seorang insan kedunia fana ini disambut dengan seruan azan dan iqamah, begitulah juga lahirnya mahasiswa kealam kampus ini disambut dengan kalam ALLAH di pintu gerbang UTM yang direkod didalam surat Taha:114.
“Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu”
Walaupun perkataan ini begitu ringkas tetapi memberi seribu makna disebaliknya. Kita dituntut untuk berharap kepada yang esa walaupun kita seorang yang cerdik pandai kerana segala pada kita adalah miliknya. Pernahkah kita bertanya, untuk apakah kita belajar?, Untuk siapakah kita menimba ilmu? Kemanakah untuk aku sumbagkan ilmu pengetahuan ? . Jika tidak, kita adalah orang yang tidak bermatlamat dan tidak menunaikan tugasan sebagai seorang khalifah.
"Dan aku ingin jadikan khlifah di muka bumi ini." : Al Baqarah 30
JENTIKAN MOMENTUM
Menjadikan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan, itulah simbol gambar kitab disebalik logo UTM . Di taukidkan pula dengan motto kerana tuhan untuk manusia yang menjadi kebanggaan kita dari dahulu sampai kini. Jika didunia kita memacu, diakhirat sana pasti kita akan memandu. Bersyukurlah kepada tuhan yang satu yang masih memilih kita untuk menggapai impian yang satu. Pernahkah kita berfikir bagaimana umat sebelum ini mampu mengusai ilmu ukhrawi tanpa meninggalkan ilmu duniawi seperti Ibnu Sina yang menghafaz Al-Quran dan pada masa yang sama beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan. Al-Khawarizmi yang banyak menulis ilmu tentang ilmu geografi dan falak, ibnu Nafis yang menemui saluran darah didalam jasad manusia dan lain-lain lagi. Bagaimana mereka ini mampu menukarkan segala bentuk duniwi kepada ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah sekali gus menyempurnakan tuntutan sebagai khalifah. Apabila Matlamat kita jelas dan tepat, syurga itu pasti milik kita. Bertindaklah atas kefahaman bukan ikut-ikutan.
BERSAMA MENUJU KEPASTIAN
Wahai insan diri ini merayu, jadilah kamu seorang suka memberi dan jangan kamu menjadi orang yang asyik menerima. Jadilah kamu seperti bunga dimana bersamanya ada madu untuk memberi kepada sang lebah. Lebah langsung tidak merosakkan bunga itu. Wahai penuntut ilmu rohani berilah sumbangan kepada kampus di UTM, wahai Pusat Islam UTM perbanyakkan program islam di UTM agar sinar islam kembali terang dan kembali subur. Bersama kita mengulangi sejarah kecemerlangan islam di UTM, dimana budaya islam subur, akhlak dan mahasiswa terjaga.
BERILAH PELUANG PADANYA
Dalam meniti hari untuk menuju destinasi kita hendaklah melakukan apa yang dikatakan agar tidak menjadi orang yang rugi. Bulan sabit pada logo UTM itu melambagkan islam. Adakah kita mahu melihat bulan itu tergantung sampai tidak mengeluarkan sinarnya? Adakah kita mahu melihat ia sebagai hiasan dan tersimpan didalam segulung ijazah? Ayuh kita budayakan islam di bumi UTM yang tercinta ini agar ia bertambah barakah dan berkat. Ayuh kita menyuburkan bumi UTM ini dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi agar kita selamat dunia dan akhirat. Ayuh kita gilap permata yang sudah lama terbiar agar sinarnya terpancar menyuluh keseluruh pelusuk tanah bumi sanjungan bangsa ini.
Abdullah muhaimin sa'ari
(Cubaan artikel utk suara siswa)
Saturday, October 2, 2010
Kata-Kata Khulafa'
"Amatlah rugi orang yang jahil itu,
kecuali mereka yang berilmu.
Amatlah rugi mereka yang berilmu itu,
kecuali mereka yang beramal dengan ilmu.
Amatlah rugi orang yang beramal itu,
kecuali mereka yang ikhlas dalam amalannya."
-Imam Al-Ghazali.
Syd. Abu Bakar r.a. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
Wednesday, September 22, 2010
Taktik Dan Strategi Peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.
Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah.
Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.
Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.
Taktik Menunggu Musuh :
- Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
- Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :
- Digunakan dalam Perang Badar.
- Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
- Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik Menggali Parit :
- Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
- Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
- Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
- Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
- Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :
- Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
- Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
- Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
- Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
- Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
- Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :
- Digunakan sewaktu Perang Khandak.
- Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
- Musuh akhirnya tewas.
Kesimpulan :
- Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
- Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
- Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.
Monday, September 20, 2010
MASALAH ETIKA DALAM PRODUK BERJENAMA HALAL DI MALAYSIA
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan. Permasalahan yang berlaku di Malaysia adalah logo Halal pada makanan atau etika produk yang menggunakan logo halal. Akhir-akhir ini hampir semua makanan dilabelkan dengan tanda halal walaupun bahannya tidak halal. Dimalaysia hampir segenap penjuru didiami oleh penduduk yang beragama islam dan permintaan kepada produk halal amat tinggi. Dengan ini pengusaha syarikat akan berusaha untuk mendapatkan sijil halal untuk melabelkan bahawa produknya adalah halal. Oleh kerana untuk mendapatkan logo halal amat sukar kerana ia perlu melalui beberapa peringkat, maka ada pihak mengambil jalan mudah dengan menciplak atau menciptakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh badan-badab tertentu. Etika ini amat biadab terutamanya kepada umat islam kerana ada makanan yang bercampur bahan-bahan yang haram juga diletakkan logo halal. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
Didalam Islam amat menitik beratkan soal pemakanan sehinggakan dituntut untuk mengambil makanan halal dan baik kerana makanan itu akan menjadi darah daging manusia. Realitinya sekarang banyak makanan yang halal tetapi isi kandungan tidak baik.Yang amat teruk terdapat juga restoran pemiliknya bukan islam dan pekerjanya juga bukan islam tetapi terdapat sijil halal didalam kedainya. Hal ini menyebabkan kekeliruan berlaku. Dunia ekonomi orang bukan islam pada dewasa ini telah kehadapan dan penuh denga berstrategi kerana ia berselindung disebalik pekerja melayu, jika diperhatikan ramai pekerja melayu menjadi pelayan, penjual dan yang mempromosikan barangan terutamanya makanan. Ramai yang berpendapat bahawa melayu itu islam, pasti melayu itu jual atau bekerja ditempat yang halal. Yang paling membimbangkan sekarang ini, kita dikejutkan dengan satu kod yang mana didalamnya mengandungi usur babi. Kod ini dikenali E-kode untuk emulsifier lemak babi. Lebih kurang 59 jenis E-kode yang dikenalpasti yang mengandungi unsur-unsur babi. Permasalahan yang berlaku adalah walaupun E-kod in terdapat dalam ramuan makanan tersebut ia tetap terdapat logo halal. Teringat satu sejarah Islam semasa kerajaan Mongol menyerang kerajaan islam penuh denga strategik. Pihak lawan telah memberi makan kepada para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada kekuatan hubungan dengan pencipta yang esa. Apabila darah daging umat islam telah kotor lagi najis maka ibadatnya tidak diterima dan hati mula gelap dan kecenderungan untuk melakukan perkara yang diluar syariat amatlah mudah.
Kesimpulanya makanan halal amat penting bagi sekalian manusia kerana yang halal itu pasti baik, makanan halal didalamnya ada kelebihannya antaranya memberi makanan kepada jasmani dan makanan yang baik mendorong untuk umat manusia melakukan ibadat kepada pencipta. Kehidupan mula memberi makna kepada manusia apabila apabila mereka memenuhi tuntutan syariat. Kehidupan dunia dan akhirat selamat dan dengan ini badan-badan yang bertanggungjawab seperti IKIM, JAKIM dan badan Bukan kerajaan dapat bekerjasama menangani masalah ini. Permasalah ini bukan soal keuntungan ekonomi umat islam tetapi persoalan yang melibatkan akidah umat islam.
Assignment Islam dan isu-isu semas
21/09/10
2.30
Abdullah Muhaimin sa'ari
2-kejuruteraan Geomatik
Wednesday, September 15, 2010
IMPAK GLOBALISASI TERHADAP MASA DEPAN AGAMA DUNIA
GLOBALISASI
Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud “fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan menusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat”. Globalisasi merupakan satu proses untuk menjadikan dunia tanpa sempadan dan tidak terhad kepada semua aspek. Dengan melalaui proses ini, sesebuah negara itu akan terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan budaya yang diamalkan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
IMPAK GLOBALISASI TERHADAP MASA DEPAN AGAMA DUNIA
Perubahan globalisasi adalah perubahan seraca holistik atau alamiyyah yang mana identiti sesuatu agama itu terus hilang dan lenyap dari kaum itu. Seperti sedia maklum setiap agama mempunyai adab dan ibadat masing-masing, jika sesuatu agama itu telah berubah kerana terkesan dari globalisi yang dibawa oleh barat justeru tiada kemanisan dalam beragama seolah-olah semua agama itu sama atau dengan erti kata lain semua agama bersifat pluralism. Kebanyakan agama dunia mempunyai persamaan tetapi agama islam tidak akan sama dengan agama lain kerana agama islam adalah agama fitrah dan agama dari rabbul ‘alamin. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin”. Kenyataan ini jelas menunjukkan kesan negatif . Didalam Agama Islam amat mementingkan persaudaraan, tiada konsep nafsi-nafsi yang diajarkan. Didalam rukun islam, umat islam diwajibakan untuk menbayar zakat bagi menyucikan harta dan harta yang dibayar itu akan dikumpul dan diagihkan oleh semua manusia yang layak untuk menerimanya. Agama Islam juga mengajar tentang ekonomi dan islam menolak sistem kapitalis yang hanya berkepentingan peribadi. Kalau kita perhatikan dunia sekarang, kebanyakan penganut mana-mana agama hanyalah mewarisi agama mereka dari nenok moyang, mereka ini tidak memahami dan tidak jelas tentang agama. Banyak isu yang timbul terhadap sesuatu agama tetapi penganutnya langsung tidak ada sensetiviti untuk bangkit mempertahankannya kerana tiada kefahman dalam penganutan. Bagaimana rakyat di Palestine, Selatan Thai, Chehnya dan lain-lain Negara mereka sanggup memburu syahid untuk mepertahan agama Islam kerana mereka faham dan yakin terhadap janji-janji didalam agama mereka itu sendiri. Bersama kita mengimbau sejarah silam yang mana ramai didalam penganut islam melahirkan ilmuan dan pakar-pakar ilmu fardu kifayah dan mereka ini juga faqih dalam urusan agama sesuai dengan sekarang yang digelarkan ulama’ professional. Bagaimana mereka ini mampu menukarkan segala bentuk duniawi kepada ibadah yang menyebbakan mereka asyik untuk memperlajari dalam bidang tertentu dan akhirnya mereka ini dikurniakan kefaham yang mendalam dalam bidang itu. Segala-galanya tinggal sejarah kerana kesan globalisasi yang dibawa oleh negara barat yang mahukan semua agama mengikutnya sehingga segala-galanya berkiblat padanya. Akan sampai masanya segalanya dari barat diterima mentah-mentah tanpa persoalan.
Abdullah muhaimin sa’ari
2-kejuruteraan Goematik
(assignment Islam dan Isu-Isu Semasa)
Sunday, September 12, 2010
MENUJU KEJAHILAN
