Monday, September 20, 2010

MASALAH ETIKA DALAM PRODUK BERJENAMA HALAL DI MALAYSIA


Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan. Permasalahan yang berlaku di Malaysia adalah logo Halal pada makanan atau etika produk yang menggunakan logo halal. Akhir-akhir ini hampir semua makanan dilabelkan dengan tanda halal walaupun bahannya tidak halal. Dimalaysia hampir segenap penjuru didiami oleh penduduk yang beragama islam dan permintaan kepada produk halal amat tinggi. Dengan ini pengusaha syarikat akan berusaha untuk mendapatkan sijil halal untuk melabelkan bahawa produknya adalah halal. Oleh kerana untuk mendapatkan logo halal amat sukar kerana ia perlu melalui beberapa peringkat, maka ada pihak mengambil jalan mudah dengan menciplak atau menciptakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh badan-badab tertentu. Etika ini amat biadab terutamanya kepada umat islam kerana ada makanan yang bercampur bahan-bahan yang haram juga diletakkan logo halal. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Didalam Islam amat menitik beratkan soal pemakanan sehinggakan dituntut untuk mengambil makanan halal dan baik kerana makanan itu akan menjadi darah daging manusia. Realitinya sekarang banyak makanan yang halal tetapi isi kandungan tidak baik.Yang amat teruk terdapat juga restoran pemiliknya bukan islam dan pekerjanya juga bukan islam tetapi terdapat sijil halal didalam kedainya. Hal ini menyebabkan kekeliruan berlaku. Dunia ekonomi orang bukan islam pada dewasa ini telah kehadapan dan penuh denga berstrategi kerana ia berselindung disebalik pekerja melayu, jika diperhatikan ramai pekerja melayu menjadi pelayan, penjual dan yang mempromosikan barangan terutamanya makanan. Ramai yang berpendapat bahawa melayu itu islam, pasti melayu itu jual atau bekerja ditempat yang halal. Yang paling membimbangkan sekarang ini, kita dikejutkan dengan satu kod yang mana didalamnya mengandungi usur babi. Kod ini dikenali E-kode untuk emulsifier lemak babi. Lebih kurang 59 jenis E-kode yang dikenalpasti yang mengandungi unsur-unsur babi. Permasalahan yang berlaku adalah walaupun E-kod in terdapat dalam ramuan makanan tersebut ia tetap terdapat logo halal. Teringat satu sejarah Islam semasa kerajaan Mongol menyerang kerajaan islam penuh denga strategik. Pihak lawan telah memberi makan kepada para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada kekuatan hubungan dengan pencipta yang esa. Apabila darah daging umat islam telah kotor lagi najis maka ibadatnya tidak diterima dan hati mula gelap dan kecenderungan untuk melakukan perkara yang diluar syariat amatlah mudah.

Kesimpulanya makanan halal amat penting bagi sekalian manusia kerana yang halal itu pasti baik, makanan halal didalamnya ada kelebihannya antaranya memberi makanan kepada jasmani dan makanan yang baik mendorong untuk umat manusia melakukan ibadat kepada pencipta. Kehidupan mula memberi makna kepada manusia apabila apabila mereka memenuhi tuntutan syariat. Kehidupan dunia dan akhirat selamat dan dengan ini badan-badan yang bertanggungjawab seperti IKIM, JAKIM dan badan Bukan kerajaan dapat bekerjasama menangani masalah ini. Permasalah ini bukan soal keuntungan ekonomi umat islam tetapi persoalan yang melibatkan akidah umat islam.


Assignment Islam dan isu-isu semas

21/09/10

2.30

Abdullah Muhaimin sa'ari

2-kejuruteraan Geomatik

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails