Tuesday, September 7, 2010
BAJU HISMAT UNTUK DIJUAL
Jagalah Hati wahai penulis

Ustaz Zainudin Hashim
APA ITU HATI??
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana k
ita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
sumber: HARAKAHDAILY.NET
Tuesday, August 24, 2010
KEPADA BAKAL PEMIMPIN
13 sifat ego yang perlu disemak pada diri SIFAT EGO

1. Diberi jawatan rasa terhibur
2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang
3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat
5. Emosional dan mudah tersinggung
6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain
7. Mudah marah, cepat melenting
8. Payah menerima pandangan orang lain
9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah 12. Suka pandangannya sahaja diterima
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar terserlah kesempurnaan dirinya.

Friday, August 20, 2010
RAYUAN MIMBAR DARI SEORANG KHATIB
Assalamualaikum wrbt, bersyukur khadrat ilahi kerana masih memilih kita untuk diberikan nikmat islam dan iman yang menjadikan kita mulia didunia dan akhirat. Bersama kita mengharap agar kita termasuk dalam golongan
Hari berganti hari, bulan berganti bulan sedarkah kita hayat kita semakin singkat dan tahukakah kita bahawa manusia ini wajib diberi peringatan seminggu sekali yaknie bertaqwa kepada ALLAH. Peringatan ini wajib diberi oleh khatib-khatib diseluruh dunia kerana ia adalah rukun khutbah ketika datangnya sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Wahai insana yang inginkan syurga, adakah kamu bersedia untuk mendapatkanya? Ketika khatib merayu diatas mimbar masih ada yang yang berlenggang ke masjid sedangkan Rasulullah bersabda:(Hadis riwayat Muslim)
Ana ingin mengucapkan tahniah bagi yang datang awal kemasjid bagi merebut suatu perkara ghaib yang hanya golongan tertentu sahaja mampu melihatnya dan kedatangan awal kemasjid belum tentu dapat menjamin mereka ini mampu untuk berada diatas masjid dan alangkah sedihnya apabila melihat ada yang sanggup duduk diatas tangga, diluar masjid yang tidak ingin berebut untuk mendapatkan pahala I’tiqaf. Wahai insan yang berpangkat,wahai insan yang berilmu tinggalkanlah segalanya diluar masjid. Bertaqwalah kamu kepada Allah. Janganlah kamu jadikan jumaat tempat untuk tidur, janganlah kamu jadikan jummat ini sebagi tempat bersms, jadikanlah ia tempat untuk membina kekuatan,jadikanlah ia tempat untuk membina nilai dan ingatlah apabila si hati tidak ingin mendengar peringatan maka jadilah ia golongan yang disebut dalam surat Al-Baqarah dan kecenderunan untuk bertindak diluar syariat islam menjadi-jadi. Wahai Insan yang bakal berkampung di alam perkuburan. marilah kita sama-sama bina hubungan dengan Allah Habllum-min-allah untuk mendapat hubungan yang baik dengan manusia hablum-min-nass.
Akhir Tinta,Ingatlah pesan ini agar kita sama-sama mendapat saham diakhirat .Fahamilah itulah hakikat yang perlu kita ubah untuk mendapat jannatunaiem dan bersama kita mendengari rayuan mimbar dari seorang khatib..wssallam
Abdullah Muhaimin b. Sa’ari
2-Kejuruteraan geomatik
Wednesday, August 18, 2010
Sunday, August 15, 2010
Namanya Ramadhan...
"mengapa aku harus menanti perkara yang tidak pasti, sedangkan ia ketentuan illahi"
Sekian lama melayari bahtera kampus, tiba-tiba ada insan yang amat anda kasihi dan amat mulia disisi anda dan ia menyatakan hasratnya hendak menjadi tetamu anda dalam bebrapa hari, apakah yang anda lakukan dan apakah perasaan anda?
Pastinya anda merasa amat gembira dan berasa amat senang hati. Pastinya anda akan membuat pelbagai persedian menanti kehadiran tetamu yang amat membahagiakan itu. Anda akan membuat persiapan semampu yang boleh, anda membersih rumah anda, anda akan memasak yang teristimewa dan merancang pelbagai program bagi menanti kedatanganya. bukankah begitu wahai sahabatku..? Jawabnya pasti benar!
Bagaimana pula sekiranya tetamu itu bukan kekasih kamu, tetamu itu adalah kekasih disisi Allah ta'ala, kekasih kepada seluruh muslimin dan muslimat?
Bagaiman sekiranya tetamu itu pada sisinya dan sekitarnya hari-harinya siang dan malam membawa akan kebaikan dan keberkatan. Ketahuialah sesugguhnya tetamu ini adalah namanya ramadhan yg sekarang kita sedang duduki bersamanya. Ia adalah bulan Al-Quran, bulan puasa, bulan tahajjud dan ibadah, bulan sabar dan taqwa, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan pelepasan dari api neraka, bulan padanya terdapat malamnya lebih dari seribu bulan, bulan diikat syaitan,bulan pintu neraka ditutup, bulan pintu-pintu syurga dibuka, bulan pahala dilipatkali gandakan serta diberi keberkatan di dalam ketaatan dan ia adalah bulan yang diberi pahala yang besar dan kelebihan yang amat banyak.
Sebagai seorang yang beriman, kita cuba mewajibkan diri kita agar memaksimakan berdoa kepada Allah ta'ala. memperbanyakan membaca dan menghayati Al-Quran, hidupkanlah malam hari dengan munajat kepada Allah, sentiasa berzikir kepada Allah, beriktiqaf dimasjid. Ketahuilah olehmu apakah yang dimaksudkan dengan i'tiqaf? i'tiqaf adalah mendirikan,menetap atau mendiami masjid. Para ulma' telah menetapkan tempat yang boleh beriktiqaf didalam masjid adalah kawasan berkarpet. Oleh itu sama-samalah kita berebut datang ke masjid dan duduk di kawan berkapet dengan niat beri'tiqaf.
Sempurnakanlah puasa dengan menahan seluruh anggota tubuh kita daripada segala perkara yang tidak diredhai oleh Allah.Didalam buku al-Tib fi al-Quran al-Karim ditulis oleh dua orang islam dari syiria menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa antaranya :
o Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.
o Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan.
o Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.
Sebelum saya mengakhiri kalam, izinkan saya memperingati bahawa bulan Ramadhan diawalnya adalah rahmah, dipertengahannya adalah keampunan dan pengakhiranya adalah pembebasan dari api neraka. Sama-sama kita berdoa agar kita termasuk golongan yang telah dijanjikan..wslm
Abdullah Muhaimin b. Sa'ari
2-kejuruteraan Geomatik
Saturday, August 14, 2010
SURAT UNTUK BAKAL ZAUJAHKU...

- Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
- Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
- Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
- Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
- Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
- Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
- Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

