Thursday, October 13, 2011

Bingkisan hati mencari erti





Senyuman terukir dibibir seseorang bukan kerana paksaan, ini menunjukkan ia muafakat dengan apa fitrah kehidupan seorang insan, begitu juga hati yang merasa tenang bilamana berada ditepi pantai yang dihiasi deruan ombak dialunkan zikir kicauan burung bersamanya pula angin sempoi-sempoi menyejukkan diri.. Ya Allah, alangkah indahnya alam ini dan tenangnya kehidupan ini. Tiada siapa dapat menafikan keindahan alam ciptaan ilahi ini.

Teman-teman dan diri ini,

Kehidupan ini hanyalah satu persinggahan, bukan satu destinasi yang kita sedang tujui. Kalaulah manusia itu mengerti tentang ini pasti dia tidak akan menyalahkan diri dan menyepi menjauhkan diri. Disaat ini kita mula mencari erti, kebanyakkannya disalah erti. Bila mata memandang langit, hati mula menafsir bahawa hidup ini sukar dicapai bahkan satu ilusi yang tidak boleh ditembusi ,bila menunduk memandang tanah, hatinya mula pasrah. Memetik kata-kata Ustaz Raja Ahamad Mukhlis

" Kita tidak pernah meminta untuk hidup tetapi kita dihidupkan dan diletakkan satu matlamat hakiki, Matlamat hakiki inilah yang memberi sakinah yang sejati"

"Oh.. tuhann.. aku merinduimu, aku mencintaimu..aku mencarimu.."..Bila ditanya siapakah Tuhan? lalu jawabnya Allah, Bila ditanya siapakah Allah, Maka diam seribu bahasa. Adakah ini dikatakan cinta kepada Allah? , Adakah ini dikatakan rindu kepada Allah?..Oh nafsu yang beremosi cukuplah kamu berfantasi dialam ilusi ini, keluarkanlah dari diri ini, bantulah aku mencari jalan hakiki. Bukan mudah mencintai seseorang tetapi tidak mustahil kehadiran cinta walaupun tidak diberi.

Aku sering bercakap Allah itu wujud pada sahabat-sahabatku, tetapi kewujudan allah langsung tiada dalam kehidupanku, Hati berkata itu dosa ini dosa, tetapi mata dan nafsu tidak henti-henti mencari kepuasan. Bila dimajlis tazkirah aku lah penyampai wahyu tetapi penyampaian itu langsung tidak menusuk qalbu kerana hati bercakap penuh dengan nafsu. Wahai diri yang dalam kelam kegelapan, keluarlah kamu mencampai nur ilahi. Pergilah kamu mencari erti dengan membawa hati yang suci.

Al-Faqir ila illah
Ibnu syaarie
Mencari erti hidup demi sakinah yang hakiki

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails