Saturday, January 23, 2010

PERANAN PELAJAR DALAM GERAK KERJA ISLAM II

Siri 2
Hakikat kemusnahan umat

Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa bangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hilang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain ternyata itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya.Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lalu selepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu


berketurunan Israel.Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah


bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.



Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada


generasi akan datang



Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan baik. Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun


Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia. Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita. Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang


dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan


ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus. Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

bersambung...

No comments:

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails