Oleh: Ustaz Muhadir Haji Joll, IRKHS
Ilmu adalah nur, cahaya yang menerangi hati. Agar pintu hati dibuka oleh ILAHI dengan cahaya MakrifahNYA, diberi limpahan kurniaNYA serta pancuran hikmah dan pemeliharaan daripadaNYA, maka, haruslah penuntut ilmu itu menjaga adab-adab menuntut ilmu.
Antara adab-adab ini – secara ringkas – ialah:-
1- Niat ikhlas kerana Allah iaitu penuntut ilmu hendaklah berniat mencari keredhaan Allah semata-mata, mencapai kejayaan (al-Falah) di hari akhirat, menghilangkan kejahilan daripadanya, menghidupkan agama dan untuk mengenali tuntutan-tuntutan syariatNYA.
2- Menyibukkan diri dengan membersihkan zahir dan batinnya dari sebarang perkara yang berlawanan dengan syariat.
3- Merendahkan diri dengan gurunya sekalipun guru itu lebih rendah darinya dari sudut keduniaannya.
4- Melihat guru dengan pandangan penghormatan serta memuliakannya.
5- Membersihkan hati daripada sebarang kelakuan yang tidak baik.
6- Menjauhi bermain-main dan membuat kerja yang sia-sia serta kurang berakhlak semasa berada di dalam majlis ilmu ( di dalam kelas pengajian, dewan dll).
7- Menjauhi perkara-perkara yang menyibukkannya daripada menuntut ilmu.
8- Tabah menanggung kepayahan dan kesulitan dalam menuntut ilmu.
9- Bersikap haloba terhadap ilmu (ingin terus mencari ilmu) dan tekun.
10- Memilih guru, iaitu pilihlah guru yang paling alim, warak, beramal dengan ilmunya – dan kalau perlu yang tua -.
11- Memilih sahabat yang soleh.
Adab-adab lain termasuklah:
13- Redha dengan makanan yang sedikit dan sabar menghadapi kehidupan yang serba sudah.
14- Jangan memanggil gurunya dengan perkataan " kamu/ awak” dan jangan menyerunya daripada jauh.
15- Sentiasa mencari redha guru sekalipun ada sesuatu yang menyalahi pendapat dirinya, hormati haknya dan jangan melupakan kelebihannya. Cegahlah orang yang mengumpat atau memburuk-burukkan gurunya jika mendengarnya.
16- Selalu berdoa untuk gurunya semasa hidupnya, memelihara zuriatnya, kaum kerabatnya dan orang-orang yang disayanginya selepas kematiaannya. Jika ditakdirkan gurunya meninggal, ziarahi kuburnya dan memohon keampunan buatnya serta bersedekah dengan memberikan pahalanya untuknya.
Wallahua’lam.
(dipetik dan diolah daripada buku tulisan Syaikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Makanah al-Ilm wa al-Ulama’ wa Adab Tolib al-Ilm (Martabat Ilmu dan Ulama serta Adab-Adab Penuntutnya), Cetakan Pertama, 2002, Kedah: Pustaka Darus Salam, ms 53-72. Untuk kupasan lebih lanjut, silalah merujuk kitab tersebut)
-Sedikit perbincangan: Ari 2 ade singgah jap dkt Pondok kt kedah n sembang2 dengan student sana,sembang2 tengah malam, salah seorang dr mereka berkata"Kalau kamu nak lawan cg Math,Sains,ape2 je la boleh, tp kalau cg yg mengajar ugama especially tok guru, jangan sesekali,sebb ilmu diaorg ilmu bersanad terus kpd Rasulullah"-lebih kurang macam nie ka bunyinya...Betulkah??
BErADaB Dengan Ibadat..
Memang betul ilmu fardu kifayah kebanyakkn tidak bersanad terus kepada Rasulullah,Hakikatnya segala ilmu itu cahaya.Cahaya itu akan terpadam bila tidak dijaga dengan baik. Setiap perkara tidak semestinya bersanad baru kita nak menghormati, Allah kurniakan Akal untuk berfikir,Allah kurniakan Panca indera untk merasa,melihat..
Kenapa ALlah Menyamakan Manusia dengan haiwan ternakan?? Kalau diperhatikan,Kepala Haiwan ternakan sepert lembu,kambing semuanya rendah daripada saluran najis.Begitu hina manusia jika tidak memikirkannya.
SOAL HATI
“ Sesungguhnya dalam jasad anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh diri manusia. Jika ia jahat, maka jahatlah seluruh hidup manusia., ketahuilah itulah hati (qalbu)” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Ghazali menyebut :
” Kebanyakan hati itu tewas ditakluki oleh tentera2 syaitan, maka penuhlah dia dengan hasutan2 dan cucukan2nya supaya kenikmatan segeralah yang perlu dicari dan diutamakan oleh mereka sambil mengenepikan nikmat yang dijanjikan untuk hari Akhirat. Langkah permulaan bagi penaklukannya ialah dengan menyuruh mereka menurut hawa nafsu dan tidak mungkin hati2 itu ditawan kembali melainkan dengan menghalau tentera2 syaitan itu yang berupa runtuhan2 hawa nafsu dan isikanlah dia dengan ingatan dan zikir2 kepada Allah s.w.t yang menjadi tapak bagi penjelmaan kesan2 malaikat ”.
Ape khabar hati kita??
No comments:
Post a Comment