Friday, March 25, 2011
Albaskitani mengajarku ilmu
TARBIYAH MESTI BERTERUSAN

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-’Auf.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).’ (HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’ (HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau
sistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
Penutup
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses
Thursday, March 10, 2011
Mutabaah Amal satu Keperluan Bukan Kehendak.

MUTABAAH AMAL.
Amat berat dan tidak layak untuk aku kupaskan tajuk ini dan cadangkan kepada sahabat-sahabat, kerana aku sendiri belum istiqamah dengan amalan ini. Insyallah semoga dengan post ini kita sama-sama diberi kekuatan untuk laksanakan. Insyallahutaala. amiin.
Mutabaah amal adalah satu sumber kekuatan ruhiyyah yang mana telah ditinggalkan dan dipandang rendah oleh umat islam terutama yang menjadi pendokong kepada perjuangan islam. Sepatutnya mutabaah amal ini ditarbiyyah diperingakat keluarga tetapi ketahuilah bahawa tidak semua lahir dalam keluarga yang faham tentang islam. Jadi jangan bersedih, kerana di kampus kita masih ada keluarga iaitu Usrah. Usrah itu adalah tunjang kekuatan kepada kita dalam bermujahadah tetapi tunjang pada hari ini sangat rapuh kerana mereka tidak ditarbiyyah mengikut tarbiyyah islamiyyah. Adapun mereka ini ditarbiyyah oleh manusia-manusia yang mempunyai ilmu tetapi tiada ruh islamiyyah. Banyak ilmu itu tidak semestinya Faqih, pandai berkata-kata tidak semestinya dia itu beramal dengannya.
Mutabaah Amal adalah satu system untuk kita sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor kepada kita. Insyallah kita akan dijauhi oleh sifat malas dan futur dalam perjuangan
“ Apalah Jemaah ni paksa kita buat amal”
“Apalah Abang ni, marah klu kita solat berjemaah, sibuk hal orang je”
“Disuruh, manalah nak dating Ikhlas!!”
Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini kepada
anak usrah atau diri kita sendiri ? adakah kamu lupa wahai insani akan lafaz jallajalallah ini?
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
surah Ali Imran aya
t 110
Dipermualaan itu sudah pasti agar sukar kerana kejahiliyyahan itu masih sebati dalam diri manusia itu. Insyallah dengan istiqamah selama 40 hari yang sama seperti kejadian insani yang melalui ‘alaqah-mudhroh-----kepada manusia’ . Fahamilah bahawa untuk memisahkan itu perlukan kepada istiqamah yang kuat dan disokong oleh sahabat lain. Insyallah kita akan Berjaya.
AMALAN KHUSUS
Ia adalah perkara yang wajib dimiliki oleh semua orang terutamanya abnaul harokah dan pencinta agama. Amalan khusus inilah yang menghidupkan ruh-ruh para pejuang dan mengistiqamahkan dalam mujahadah. Adalah lebih baik jika amalan khusus ini diterima melalui ijazah oleh guru yang mursyid dan jika tiada, tidak mengapa. Amallah, amalan yang masyhur dikalangan awam dan seelok-eloknya sembunyilah kepada makhluk ilahi untuk kita berpeluang berbicara dengan Rabul ‘izzati di akhirat kelak.
“ Ya Allah, ini amalanku yang istiqamah aku lakukan dan ikhlas aku lakukan hanya untukmu, hanya untuk mendapat redhamu, Rehdakanlah aku Ya Allah”
AKU INGIN SEPERTINYA...
Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat
Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah
Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah
Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'
Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah
Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya
Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"
Friday, February 25, 2011
AKU BENCI!!!

Saturday, February 5, 2011
Terima Kasih Ayah....
Duhai adik-adikku sayang...
Apakah kita selalu ingat tentang Ayah kita?
Apakah kita selalu men-do'akan Ayah kita?
Apakah kita selalu membantu Ayah kita?
Apakah kita selalu mencintai Ayah kita?
Apakah kita selalu memikirkan bagaimana Ayah kita memperjuangkan keluarga?
Betapa Ayah seorang pahlawan yang harus di contohi..
1. Ayah ingin anak-anaknya punya lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung pada siapapun - dan (tapi) selalu membutuhkan kehadirannya.
2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.
3. Ayah selalu tepat janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih menyenangkan.
4. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan teman-teman mereka, karana dia sedar itu adalah akhir masa kecil mereka.
6. Ayah mulai merencanakan hidup kita bila ia tahu bahwa mak mengandungkan kita.
7. Ayah membantu membuat impian kita jadi kenyataan bahkan diapun mampu meyakinkan kita untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah ia melepaskanya.
8. Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya.
9. Ayah benar-benar senang membantu seseorang, tapi ia sukar meminta bantuan.
10. Ayah di dapur. Membuat memasak seperti penjelajahan ilmiah. Dia punya rumus-rumus dan formula racikannya sendiri, dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan rumit itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidak terlalu mengecewakan"
11. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi ia bisa belajar dengan cepat.
12. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.
13. Ayah akan sangat senang membelikan kita makanan selepas ia pulang kerja, walaupun dia tak dapat sedikitpun bahagian dari makanan itu
14. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya
15. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkat kita dibahunya.
16. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi ia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kita pada saat tu amat memerlukannya.
17. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri, jadi dia tidak mahu memberitahu kita apa yang harus kita lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.
18. Ayah percaya orang harus tepat waktu. karena itu dia selalu lebih awal menunggu kita.
19. Ia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar ia boleh memberikan apa yang kita mahukan.
20. Ia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kita ingin bicara.
21. Ia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pembelajaran kita tiap tahun dan semester, meskipun kita tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.
22. dia jarang pernah marah, kecuali kalau dengar ada anak lelakinya menghisap rokok dikamar mandi.
23. Ayah mengatakan ,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko kerana sanggup kehilangan apa yang kita harapkan"
24. Ayah lebih bangga pada prestasi kita, daripada prestasinya sendiri.
25. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meninggalkan rumah, karana kalau dia sampai memeluk mungkin ia sukar melepaskan kita.
26. Ayah tidak suka menitiskan air mata .... ketika kamu lahir dan dia mendengar kita menangis untuk pertama kalinya,dia sangat senang hati sampai terkeluar air dari matanya
27. ketika kita masih kecil, ia akan memeluk kita untuk mengusir rasa takutmu...ketika kita mimpi akan dibunuh jembalang.
28. tapi.....ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantau tak memberi kabar selama hampir satu bulan.
29. Ayah pernah berkata :" kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi pergilah dan pesanlah pada tukang besi yang mahir. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidup kita, jika kita ingin mendapatkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya"
30. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: "jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan
cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu"
31. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan :" jangan mengeluh kerana kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! suamimu yang lebih mampu
melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan posisi Ayah di hatimu"
32. Ayah berkeras, bahwa anak-anak kita kelak harus bersikap lebih baik daripada kamu dulu.
33. Ayah mampu membuat kita percaya diri, karena ia percaya pada kita.
34. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.
35. Dan terpenting adalah... Ayah tidak pernah menghalangi kita untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kita dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintai kita kerana cintaNya.
Wahai adik-adikku.. bacakanlah Do'a Untuk Ayah...
Doa Untuk Ayah
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku.
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasehatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu
Amiin ya ALLAH...
Inilah orang yang mengajarku mengenal ALLAH , Rasul dan Agamanya..Terima Kasih Ayah n Mak. Aku doakanmu dalam doaku...Isnyallah