Saturday, May 29, 2010

Ku Menanti saat Indah Bersama mu



YA ALLAH Istiqamahkan aku dalam perkara kebaikan, Jauhkan aku dari segala perkara Niffaq..Matikan Aku dengan pengakhiran yang baik...AMEEN..


Tuesday, May 11, 2010

Siapa nak Kirim Doa..


Assalamualaikum...kepada shbt2 ana kenali atau tidak, Insyallah 15.05 ana akan bertolak ke tanah suci untuk mengikuti lawatan akademik dan umrah.sahabat2 boleh mengirim doa yg antum hajati kepada ana, terus ke no ana 013-9712474. Sila nyatakan nama penuh sebelum 14.05.2010.

Kebahagiaan sahabat2 adalah kebahagiaan bersama...

Dengan ini ana ingin memohon seribu kemaaf(sengaja / tidak sengaja) daripada shbt2 dan halalkan segala bentuk pemberian, makan minum. Jika ada perkara perlu disettlekan sila hubungi ana terus dengan sms/ call..

Doakan ana semoga segala bentuk amalan yg dilakukan diterima oleh ALLAH dan doakan ana supaya selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan selamat dan juga yang paling penting adalah dipanggil dalam husnul khatimah..insyallah..

Doa sahabat-sahabat

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

15.05.2010 ini insyallah ana dan sahabat-sahabat UTM lain akan ke Arab Saudi untuk lawatan akademik dan Umrah.

Disini ana ingin memohon berkat doa sahabat-sahabat, agar perjalanan kami semua berjalan dengan lancar.

Insyallah...

abdul faqr wa dhoif

MP3 7 Habits of Highly Effective Muslim. -Ustaz Hasrizal Abd Jamil

Assalamualaikum sahabat..

Disini ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat kuliah Ustaz Hasrizal bin Abd Jamil ( Saifulislam.com) yang mengulas tentang buku 7 habit ke arah 7 Habits of Highly Effective Muslim.
Sahabat-sahabat semua boleh download dan dengar. Seandainya ingin buat amalan lebih Share-sharelah kepada sahabat-sahabat lain. Bagi yang ingin balik kampung halaman, Burn dalam CD dan dengar dalam perjalanan..

Gambar Buku asal ditulis oleh stephen R.Covey
003. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #1
http://www.mediafire.com/?r58o8vmgyv3
004. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #2
http://www.mediafire.com/?8snzzondnua

005. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #3
http://www.mediafire.com/?dh1kzgjynmy

006. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #4 & #5
http://www.mediafire.com/?eqau26lh2z3

007. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #5
http://www.mediafire.com/?mykyn2bvop2

008. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #6
http://www.mediafire.com/?5borfdutji0

009. 7 Habits of Highly Effective Muslim Habit #7
http://www.mediafire.com/?yigd6kktvqh

Jom Berubah demi kebaikan diri sendiri , ummah dan islam..

Selamat Mendengar

Sumber asal: disini

Sunday, May 9, 2010

Jom kita mengorak langkah ke hadapan..

Desing layout 1..Comment

Friday, May 7, 2010

Serangan Pemikiran





Wasiat Louis IX

“Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”



Apakah Usaha kita yang mengaku ISLAM!!!

Wednesday, April 14, 2010

"Ana Tahu"-tetapi tidak ketahui

Assalamualikum.sahabat-seperjuangan sekalin..Semoga sahabat-sahabat sekalian dalam rahmat n taufiq hidayahnya termasuk diri ini. Sekarang ana dalam perjalanan balik ke Terengganu, balik ke Terengganu untuk mencari penajaan ke Arab Saudi.Insyallah penulisan ana pada hari ini masih berkenaan sikap manusia. Kali ini bagi ana satu ujian yang amat besar, masalah yang simple tetapi amat merumitkan iaitu berkenaan “aku tahu tetapi tidak ketahui” ..Sukar untuk diterjemahkan..


JOM JALAN-JALAN

“Abang lepas ni abang berhenti dekat simpan Sri Putri, dekat sedikit dengan UTM, Jimat sikit duit saya” . kata pelajar UTM

“Baikla dik, tapi perjalanan kita masih jauh, adik tidurla dulu, bila sampai nanti abang kejutkan”. Kata pemandu bas.

3 jam kemudia bas ini melalui Sri Putri dan tidak berhenti dan terus ke Larkin,Apabila tiba di Larkin Abang driver tadi kejutkan pelajar ini.

“Adik bangun, dah sampai ni”kata pemandu bas

“Aik!, kat mana ni? La kat Larkin rupanya..Abang kenapa tak kejutkan saya tadi, kan saya dah bagi tau berhenti kat Sri Putri, Saya nak balik cam na ni dah lewat malam ni” kata pelajar UTM

“Dah lewat malam dik, abang bukan tak nak kejutkan , tetapi kesian tengok adik tidur” kata pemandu bas .

Pelajar UTM terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke UTM, Tetapi bayaran 3 kali ganda lebih mahal dari Sri Putri.Kebiasaanya pada lewat malam pemadu teksi akan meletakkan harga ikut kehendak mereka.

“Abang hantar saya pulang boleh?” Tanya pelajar UTM

“boleh, adik nak kemana?”. Tanya pemandu teksi

Pelajar tadi pun naik teksi, api kemarahan belum hilang lagi..

“adik, adik nak kemana? “ Tanya pemandu teksi.

“Abang pergi ke jalan skudai dulu, nanti saya bagi tahu” kata pekajar tadi.

Pemandu teksi pun bergerak dengan perlahan-lahan dan menuju ke Jalan Skudai.

“adik ,adik nak kemana ni” Tanya pemandu teksi lagi.

“abang pergi terus je, samapi simpan depan nanti saya bagi tahu.” jawab pelajar UTM

“adik,adik nak kemana sebenar ni, bagi tahu je, abang dah lama hidup dekat johor nie, Kalau adik tak bagi tahu macam mana saya nak bawa kereta, buang masa la adik ni.” Kata pemandu teksi dengan nada yang tinggi

“Abang!! Abang boleh tak senyap, bawa je teksi tu, ikut suka aku la nak kemanapun,Orang suruh bawa-bawa la.” Kata pelajar tadi dengan perasaan marah-marah

.....Bersambung.....(he3)

Cuba hayati situasi diatas, banyak pengajaran yang dapat terutama yang pernah mengalami perasaan ini.Disini ana sengaja bawakan cerita ini kerana inilah sikap atau tabiat yang melanda kita hari ini, terutama didalam organisasi.Didalam cerita ini ada 2 situasi.

PEMIMPIN ADA AKAL TETAPI TIADA HATI(Pelajar dengan driver bas)

Pesanan yang diberitahu tidak diikuti. Kebanyakkan manusia pada hari ini suka buat kepala sendiri, kita menerima arahan tetapi dianggap remeh kerana kita memandang dengan taraf kedarjatan tetapi bukan dengan ilmu dan pemahaman. Disebabkan tidak mengikuti arahan atau kehendak pelajar tadi, ia telah menyusahkkan banyak pihak. Sahabat-sahabat ku sekalian, kadang-kadang bila kita menjadi pemimpinan atau menjawat jawatan, bila anak buah kita mintak tolong atau memberi pendapat hendaklah kita terima dan berbincang kerana mereka juga tahu apa yang kita tidak tahu. Jangan sesekali buat kepala, kerana dengan sikap ini akan ramai benci kepada kita.

AKU BUKAN PENGIKUT YANG HANYA BERTAKLID( Pelajar dengan driver teksi)

Dalam perjalanan kehidupan, pandangan mesti jelas dan matlamat mesti jelas lagi tepat. Jikalau tidak, kita tidak akan tercapai hasratnya dan akhirnya kehancuran yang datang tanpa diundang. Kita ada pemimpin, kita ada kumpulan.Kedua-dua ini saling memerlukan. Bila diri ini bertanya jika benar kamu tahu, bilanglah padaku, jikalau kau tidak tahu khabarkan kepadaku. Aku tidak mahu menjadi taklid membabi buta...

-kepada sesiapa terasa atau mengalami perasaan ini, ana mintak maaf, mana artikel yang dikeluarkan adalah mengikut apa yg difikirkan melaluai pandangan dan penelitian...

"Berbicara biarlah berilmu, berilmu biarlah beramal, beramal biarkah istiqamah"

pemikiran serabut dengan 1002 masaalah.....Penulisan sudah tidak menentu

15/04/2010

Dalam Bas Konsortium..

Abd. Muhaimin

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails