Monday, February 6, 2012

Mereka dan kemanisan Iman..



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bersyukur kita kehadrat ilhai kerana memberi kita bermacam nikmat dan mengekalkan kita didalam nikmatnya dan rahmatnya. Marilah kita sama-sama menzahirkan kesyukuran ini dengan menggunakan sebaik-baiknya nikmat yang dikurniakan di jalan Allah.

Insyallah disini sedikit perkongsian mengenai ketabahan para sahabat dan pencinta Rasulullah alaihissalam mempertahankan Islam semasa diawal perkembangan Islam. Semoga kita semua beroleh semangat seperti mana mereka miliki. Insyallahutaala.

KELUARGA YASSIR

Berkata Ibnu Athir (Jil. 2 hal 130) bahawa kaum musyirikin Quraisy membawa keluar Ammar bin Yasir, bapa dan ibunya ke Al-Abtah (Suatu tempat tanah rata antara mekah dan ina) waktu tengahhari terik. Mereka diazabkan ditengah-tengah matahari terik itu. Rasulullah S.A.W melewati tempat itu seraya bersabda.


“Sabarlah wahai Keluarga Yasir! Tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah syurga”


Setelah Yasir meninggal dunia dengan sebab teruk yang dikenakan, Isterinya dimaki hamun oleh Abu Jahal lalu ditikam dengan tombak sehingga syahid. (Wanita pertama Syahid dalam sejarah Islam)



BILAL (MUAZZIN)


Diazab pelbagai seksa oleh tuannya yang bernama Khalaf Al-Jamahi yang menyungkurkan kepalanya, dan melentangkan badanya dan diletakkan batu besar diatas badanya dan berkata “ Mampuslah engkau dalam keadaan begini atau sehingga kamu sanggup keluar dari agama Muhammad dan menyembah Al-lat dan al-‘uzza. Bilal menjawab Ahad!,Ahad!. Bilal akhirnya dibeli oleh Saidina Abu Bakar dan beliau memerdekakan dia. Bilal adalah salah seorang terulung dikalangan sahabat dalam bidang fiqh dan hadis.


KHABBAB BIN AL-ARAT

Beliau diazab seksa oleh orang-orang kafir dengan dahsyat. Beliau diikat dengan batu yang dipanaskan dan dicampakkan keditengah matahari yang panas terik. Tetapi siksaan itu membuatkan beliau semakin kuat.



LUBAINAH JARIAH BANI MU’MIN


Tuannya bernama Haiy bin udai bin kaab, ketika ini Saidina Umar belum menganuti Agama Islam. Saidina Umar sendiri yang menjalankan penyekasaan terhadap Jariyah sehingga bosan dan seraya berkata “ Aku tidak membiarkan engkau kecuali rasa jemu dan bosan” dan akhirnya Jariah dibeli oleh Saidina Abu Bakar R.A.



Lihatlah perjuangan mereka mempertahankan akidah demi kebahagiaan diakhirat. Perjuangan tanpa Akidah yang kukuh pasti kita akan mudah kepada kekufuran. Nauzubillah.. Semoga kita mengambil Ibrah dari apa yang berlaku dan kita turut merasai ruh perjuangan ini. Insyallah.



Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails