Tuesday, October 25, 2011

Kalam bersudah

..::Bismillahirohmanirohim::..

Assalamualaikum... Allahummassolia'lamuhammad walhamdulillah.



Wahai diri yang lupa akan hadirmu didalam dunia ini, kau hadir bukan atas permintaan engkau, tetapi engkau hadir dari sang pencipta. dia menciptakan kamu, dia yang tahu akan segala perjalanan hidupmu. Fahamilah, bahawa dia telah meletakkan satu matlamat hakiki untuk kau berjalan kedestinasi yang pasti. Matlamat itu harus kau cari, dan jangan sesekali mengalah jika belum ketemui.. bila kau dah ketemui maka gengamlah dengan gigi geraham kamu.

Wahai diri yang mendakwa, "aku cinta Allah dan Rasul". Aku tahu diriku masih menipu kerana yang yang mengatakan cinta ini pasti dalam hatinya ada perasaan untuk melihat, tetapi kamu bercinta tidak pernah untuk meletakkan cita2 untuk melihat. Bukan melihat zatnya diakhirat malah untuk melihat dengan mata hati pun tiada terlintas dalam hatimu. Wahai diri, tidak malukan kamu pada pencipta?

Wahai diri yang mendakwa abnaul harakah, yang sibuk membicarakan soal tegak daulah islam di negara tetapi dalam dirimu langsung tiada islam. Malah maksiat menjadi bahan hidangan. Wahai diri, jauhlah diri dari maksiat kerana ia menutup segala liang2 kemanisan iman.

Wahai diri jujurlah kamu pada Allah dalam gerak kerja mu kerana aku dapati hatimu disulami dengan ujub dan riak ketika gerak kerja bersama muslimat. Bila kau bersamanya kau menjadi wali dan kaulah yang terbaik akhlaknya. Bila kau hadirkan diri pada majlis ilmu kau selalu hadirkan diri untuk menunjukkan kaulah yang paling hebat. Wahai hati bersifat ihsanlah kamu pada kerjamu. Ingatlah matlamat muslimat itu bukan jalan menuju kesyurga. Ingatlah pesan Imam Muhasibi didalam kitan ar-ri'ayah yang mengatakan dua matlamat walaupun kerana Allah adalah syirik.

Wahai Jiwa, tinggallah maksiat dikala hidayah menyapa kamu kerana maksiat itu membawa kepada su'ul khatimah..Jauhilah...jauhillah..jauhillah...

Ya Allah, matikan aku dalam husnul khatimah jadikan aku ahli syahid. Biarlah mereka benci kepada aku asalkan kamu mencintai aku. Biarlah mereka benci aku kerana aku bukan peramah dan baik budi bicara tetapi aku yakin kaulah mengetahui segala isi hatiku..

Seandainya kalian baca post ini dikala pemergianku, sedekahlah sesuatu yang memberi manfaat aku dialam barzakh kerana aku tiada amalan. Jika kalian tidak mampu sedeqahlah Al-fatehah.. Halalkan segala ye.. Syukron kepada ustaz yang membimbing aku..Aku mencintai kamu semua..

Wallahulam..

Alfaqir lagi hina...

Thursday, October 13, 2011

Belajar Kitab sohih bukhari bersama maulana Asri.

باب فَضْلِ مَنْ عَلِمَ وَعَلَّمَ

20 - Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya

-٧٧ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلا وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلا فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْحَاقُ وَكَانَ مِنْهَا طَائِفَةٌ قَيَّلَتِ الْمَاءَ قَاعٌ يَعْلُوهُ الْمَاءُ وَالصَّفْصَفُ الْمُسْتَوِي مِنَ الارْض.ِ

Muhammad Bin al-Ala’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad Bin Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid Bin `Abdullah daripada Abu Burdah daripada Abu Musa daripada Nabi SAW, sabdanya : “Perbandingan petunjuk dan `ilmu yang Allah utuskan aku membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang menimpa bumi. Di antara bumi itu ada yang Naqiyah (subur), ia menerima air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput. Di antaranya ada yang Ajadib(yang hanya menampung air), ia menampung air tetapi tidak menyerap air. Maka Allah memanfaatkan tanah itu kepada manusia, mereka dapat minum dan memberi minum kepada ternakan mereka serta bercucuk tanam daripada air itu. Hujan yang turun itu menimpa sebahagian tanah yang lain, ia merupakanQi’an (tanah gersang), tanah itu tidak dapat menampung air ataupun menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Itulah perbandingan orang yang mendalam `ilmunya tentang agama Allah. Allah memberi manfaat kepadanya dengan apa yang Allah utuskan aku membawanya lalu dia mendapat `ilmu dan mengajarkan kepada orang lain. Dan juga, perbandingan dengan orang yang tidak mengangkat langsung kepalanya terhadap `ilmu dan petunjuk yang dibawa olehku itu, dia tidak menerima petunjuk yang Allah utuskan kepadaku.

Abu `Abdullah berkata: Ishaq berkata dari Abu Usamah: “Di antara tanah itu ada sekumpulan tanah yang menerima air, tanah lapang yang menakung air, dan tanah rata di bumi”.



21- Bab Kehilangan `Ilmu Dan Berleluasanya Kejahilan.

وَقَالَ رَبِيعَةُ لا يَنْبَغِي لاحَدٍ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ الْعِلْمِ أَنْ يُضَيِّعَ نَفْسَهُ

Rab’iah berkata : “Tidak sepatutnya seseorang yang mempunyai sedikit `ilmu mensia-siakan dirinya (hidupnya)”.

-٧٨ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مَيْسَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَارِثِ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

78 - Imran Bin Maisarah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul al-Warith telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu al-Tayyah daripada Anas Bin Malik, katanya: Rasulullah bersabda: “Di antara alamat qiamat ialah; `ilmu dihilangkan, kejahilan menjadi teguh (mencengkam masyarakat), arak diminum dan perzinaan berleluasa.

-٧٩ حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لاحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا لا يُحَدِّثُكُمْ أَحَدٌ بَعْدِي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ الْعِلْمُ وَيَظْهَرَ الْجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاءُ وَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ

79 - Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Qatadah daripada Anas Bin Malik, katanya: “Pasti akan kuceritakan kepadamu satu hadits yang mana tidak ada sesiapa pun sesudahku akan meriwayatkan kepada kamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya alamat qiamat itu ialah; `ilmu berkurangan, kejahilan berleluasa, perzinaan berlaku secara meluas dan terbuka, perempuan lebih ramai daripada lelaki sehingga lima puluh orang perempuan akan dijaga oleh seorang lelaki”.

Bingkisan hati mencari erti





Senyuman terukir dibibir seseorang bukan kerana paksaan, ini menunjukkan ia muafakat dengan apa fitrah kehidupan seorang insan, begitu juga hati yang merasa tenang bilamana berada ditepi pantai yang dihiasi deruan ombak dialunkan zikir kicauan burung bersamanya pula angin sempoi-sempoi menyejukkan diri.. Ya Allah, alangkah indahnya alam ini dan tenangnya kehidupan ini. Tiada siapa dapat menafikan keindahan alam ciptaan ilahi ini.

Teman-teman dan diri ini,

Kehidupan ini hanyalah satu persinggahan, bukan satu destinasi yang kita sedang tujui. Kalaulah manusia itu mengerti tentang ini pasti dia tidak akan menyalahkan diri dan menyepi menjauhkan diri. Disaat ini kita mula mencari erti, kebanyakkannya disalah erti. Bila mata memandang langit, hati mula menafsir bahawa hidup ini sukar dicapai bahkan satu ilusi yang tidak boleh ditembusi ,bila menunduk memandang tanah, hatinya mula pasrah. Memetik kata-kata Ustaz Raja Ahamad Mukhlis

" Kita tidak pernah meminta untuk hidup tetapi kita dihidupkan dan diletakkan satu matlamat hakiki, Matlamat hakiki inilah yang memberi sakinah yang sejati"

"Oh.. tuhann.. aku merinduimu, aku mencintaimu..aku mencarimu.."..Bila ditanya siapakah Tuhan? lalu jawabnya Allah, Bila ditanya siapakah Allah, Maka diam seribu bahasa. Adakah ini dikatakan cinta kepada Allah? , Adakah ini dikatakan rindu kepada Allah?..Oh nafsu yang beremosi cukuplah kamu berfantasi dialam ilusi ini, keluarkanlah dari diri ini, bantulah aku mencari jalan hakiki. Bukan mudah mencintai seseorang tetapi tidak mustahil kehadiran cinta walaupun tidak diberi.

Aku sering bercakap Allah itu wujud pada sahabat-sahabatku, tetapi kewujudan allah langsung tiada dalam kehidupanku, Hati berkata itu dosa ini dosa, tetapi mata dan nafsu tidak henti-henti mencari kepuasan. Bila dimajlis tazkirah aku lah penyampai wahyu tetapi penyampaian itu langsung tidak menusuk qalbu kerana hati bercakap penuh dengan nafsu. Wahai diri yang dalam kelam kegelapan, keluarlah kamu mencampai nur ilahi. Pergilah kamu mencari erti dengan membawa hati yang suci.

Al-Faqir ila illah
Ibnu syaarie
Mencari erti hidup demi sakinah yang hakiki

Senyumlah sahabatku

Related Posts with Thumbnails